Aku dah lupe lah kejadian ni berlaku bila tapi yang pastinya terjadi dalam tahun ni jugak dalam pertengahan tahun haritu. Aku xberapa pastilah ape sebenarnya terjadi tapi malam tu aku seram gila xtahulah samada aku sorang yang rasa atau akak dgn mak aku pon rasa perkara yyang sama jugak mcm aku. Mungin jugak terpengaruh dengan cerita2 hantu pasal banyak sangat tengok cerita hantu. Kononnya berani sangat tapi memang akulah orang yang paling penakut sebenarnya. Aku xcerita pada sesiapa pon pasal hal ni sebab x pasti apatah lagi nak tanya balik pada akak dengan mak apa yang berlaku sebenarnya. Aku tengok dorang macam xada ape2 pon so, aku tinggalkan perasaan aku jauh2 walaupun sebenarnya perasaan tu bergayut2 kat fikiran aku.
Ohhh,,,berbalik pada cerita asal, kami malam tu, dalam perjalannan balik dari arah bandar, beberapa meter selepas melepasi satu jambatan yang menghubungkan antara 2 jalan kat situ, kereta kami bergerak slow2 je dalam mengharungi gelap malam tu, almaklumlah, kenalah berhati2 ditambah plak masing2 rabun malam, disetiap sisi jalan plak tak ada langsung lampu jalan untuk membantu penglihatan kami. Ladang kelapa sawit disetiap pelusuk jalan membantu memberi signal keseraman yang x terhitung pada waktu malam. “apalah lembab sangat kereta kat depan ni, kenapa kereta tu pasang signal rosak ke?” aku bersuara memecah kesunyian. saje je tanya soalan macam tu sebab xlame lagi nak ambil lesen kereta so, aku nak tahu lah itu ini yang berkenaan dengan undang2 bawak kereta ni.
Lama jugak kami membontoti kereta tu. Disebabkan terlampau lembab, akak akupun menunjukan skillnya memotong kereta dengan pantasnya tapi xdapat nak mununjukan skill driftnya pada aku sebab rabun. “ laaa.. patutlah lembab sangat, ada 2 kereta lagi kat depan macam tu”. Aku bersuara lagi. “Memang kereta tu ada problem lah tu”. Akhirnya suara akak aku kedengaran. Mak kat belakang, aku tengok seperti ingin berkata2 jugak tapi disampuk oleh aku lagi dengan pertanyaan yang macam2 berkenaan dengan kereta rosak dan undang2. Tak habis kat situ, kereta dari arah bertentangan plak memberi signal lampu kelip2. Aku geram betol, “tau lah lampu cantik xpayahlah nak menunjuk2 xtau ke kat dalam kereta ni orang rabun malam dah lah silau” aku menunjukan kegarangan aku , dalam hati bangga je sebab berjaya menunjukan rasa marah. Tapi depan akak dengan mak jelah. Kalau berdepan mau macam tikus jugak. Penakut.
Selepas melepasi 2 kereta dari arah bertentangan, dengan signal yang sama seperti kereta pertama tadi, aku dah mula rasa xsedap hati. Teringat plak semua cerita2 hantu yang aku tengok yang memberi signal seperi itu kalau ada 'sesuatu' diatas bumbung kereta. Namun aku berlagak cool aku tanya lagi pada akak aku “ kenapa kereta tu lampu die tinggi sangat?” aku harap pertanyaan aku disambut oleh akak dengan jawapan yang cool jugak. Seperti memahami luahan hati aku, akak aku menjawab dengan coolnya yang setengah kereta memang lampu macam tu seperti kereta Viva dia dulu. Fuhhh...lega aku harap aku dapat alih perhatian akak dengan mak supaya tidak berfikir mengarut seperti aku. Budak penakut memang macam ni, fikiran menjangkau dek akal, aku berbisik sendiri dalam hati kecil aku.
“Dulu mak masa balik Kedah, ikut jalan lama kat Kelantan tu, waktu malam satu kereta tiba2 bau wangi.” mak aku tiba2 bersuara meluahkan suku daripada cerita yang aku agak adalah cerita seram. Anggapan aku tu betol. “aduhhhh,,,mak, xkanlah time ni nak bukak cerita seram” berbisik hati kecil aku. Muka aku time tu memang cuak dah, macam2 yang aku gambarkan dalam fikiran aku. Tiba2 aku dengar satu suara yang ketawa kecil, aku toleh, aku nampak satu muka yang seram tersengeh gembira kerana bangga mendengar cerita mak aku. “tapi 2 orang je yang bau wangi tu, mak baca selawat harap2 bau tu hilang.” mak aku menyambung cerita tadi. Perasaan aku tersentak fikiran aku melayang bersama khayalan aku sebentar tadi. Aku pandang wajah akak, masih cool. Aku xtahu samada cool kerana focus membawa kereta atau berusaha buat xtahu dengan cerita2 mak aku tu.
Aku hanya mendengar tanpa rasa ingin menjawab atau menyampuk sedikit pun cerita mak aku tadi. Fikiran aku melayang lagi bila satu lagi kereta dari arah bertentangan memberi signal yang sama pada kami. Dengan perasaan yang igin tahu tanpa fikiran yang mengarut aku tanya akak “kereta kita ada masaalah ke?” akak aku senyap, lama tu baru dia bersuara “entah, kak baru je hantar service, xada ape2 pon masalah” sambil matanya memandang cermin sisi dan cermin pandang belakang. Kami diam melayan perasaan masing2 sunyi membelah malam tanpa sebarang muzik dari radio akak aku sebab rosak. Perjalannan ke rumah aku memang jauh seperti tinggal di hujung dunia. Tambahan lagi, dalam keadaan yang macam ni, masa perjalanan tu terasa lagi jauh dari biasa.
“kak selalu kalau balik kerja malam kak pasang cd ayat2 Qursi kalau naik kereta kawan kak.”Aku tersentak, akak aku ni tiba2 plak nak tunjuk berani. Aku senyap je menunggu apa cerita seterusnya yang nak keluar dari mulutnya. Senyap, tiada tanda2 yang dia akan menyambung semula cerita dia tadi. Mak aku kat belakang apa lagi, ambil peluang lah menyampaikan cerita dia yang tergantung tadi. Tapi kali ni dia menyambung cerita akak tadi, dia cakap kalau takut, pasang lah cd ayat2 Al-Quran atau pun ayat Qursi tu kalau xboleh nak baca. Aku dengar dengan penuh kusyuk. Entah bila entah aku tertido. Sedar2 je dah kat depan rumah dah. Bila keluar dari kereta aku tenung satu body kereta tu mencari apa yang pelik tapi x menjumpai ape2. Disebabkan xada sapa2 diantara kami yang membuka cerita malam tu, aku membiarkan cerita tu berkubur kat situ je. Xada orang tahu apa sebenarnya berlaku pada kereta kami malam tu.