Friday, 18 November 2011

Bertekad!

Harini aku beruntung sebab setiap hari Jumaat aku xada apa2 aktiviti atau apa2 kelas, x seperti sem2 yang lepas aku dan member2 aku bergigih jalan ke kelas atas sebab2 yang munasabah sebagai seorang pelajar. Walaupun hari Jumaat setiap oarang mempunyai waktu yang berlainan tapi masi bergigih jalan ke kelas kecuali seorang je member aku ni. Nama dia Sukino, cantik, sangat pentingkan kecantikan, mugkin xmelampau, tp agak keterlaluan gak lah. Nasihat kitorang yang x berape nak lawa ni bukan nak dengar sangat. Dia rajinlah naik bas, rajin menunggu bas yang memang xpernah tepat masa tu. Tak macam kitorang ni, kitaorang lagi rajin sebab kitaorang berjalan je, hehehee...


Haha,,,sedikit melalut. Sebenarnya bukan hal ni yang aku beriye2 sangat nak ceritekan. Harini sebenarnya macam2 hal yang berlaku kat dalam rumah aku. Biasalah bila dah student tinggal kat rumah sewa, macam2 gelagat ada. 2 orang dari member aku, si Komea dengan Anzu ni gila sangat pada kumpulan K-Pop 2pm ni. Kebetulan pulak ada contest kat 8tv Quickie, diorang pon dengan semangat masuk contest tu, bukan tu aja, segala contest yang ada semua diorang masuk, tp xada rezeki orang kata. Entah sejak bila entah group Korea ni menjadi sangat popular kat Malaysia ni agaknya. Aku sebagai  member tengok jelah gelagat diorang sambil membalas dengan senyuman. Aku sambil2 tu berfikir, aku  xtahu ada orang yang memang sangat berusaha untuk dapatkan apa yang diorang idamkan tanpa berfikir apa orag lain akan fikir. Mungkin aku memang tidak terlalu berusaha untuk dapatkan apa yang aku idamkan sangat sebab terlalu fikir tentang apa yang orang lain akan katakan.


Aku juga agak kecewa sebab diorang x menang. Yelah, bukan senang nak masuk online contest ni dahlah ramai pulak yang minat band Korea tu , berebut2lah orang nak hantar jawapan sampaikan nak hantar jawapan pon xlepas. Dan bukan diorang je xlepas hantar, ramai lagi yang comments x dapat nak hantar.Nak buat macam mana....lagi, bukan tu je kisah lucu yang berlaku kat rumah ni hari ni. Lagi seorang si Yamamoto ni pulak boleh dia buat kerja gila harini dengan duduk main hujan dekat playground bawah ni. Katanya dia tension sangat study EPE. Akupun xtahu subject apa tu tapi yang pastinya subject yang budak2 engineering kena ambil dan aku sangat yakin yang subject tu sangat susah lebih2 lagi  bila tengok keadaan dia macam tu. 


" Yamamoto, nak perg mana tu pakai macam tu?"." Nak pergi main hujan". Dengan selamba ja dia menjawab pertanyaan  si Anzu tu. "Guruhlah....kilat lagi nak main hujan, bahayalah. Hujan asidlah sekarang, xselamat langsung nak main." Dengan nada sedikit tegas bersungguh menghalang si Yamamoto daripada turun. Namun nasihat tu disambut hambar ja oleh Yamamoto." Alah,,,aku dah demam, alang2 dah demam tu baik aku turun main hujan je. selesema ni mengganggu aku nak study, tension aku". Lepas tu dia terus saja  melangkahh turun pergi main hujan. Kitaorang memandang sesama sendiri dan mungkin juga mempunyai pemikiran yang sama yang betul ke si Yamamoto ni main hujan?


Beberapa minit tu dia naik dengan keadaan basah kuyup. Kitaorang lepas pada dia turun tu, aku dan Anzu intai   dari koridor tu. Sememangnya Yamamoto ni sangat bertekad ingin main hujan kat bawah tu. "Sungguh bertekad diaorang bertiga harini". Seketika, luahan kecil terpancul keluar dari mulutku.

4 comments: