kita kata, tak apalah........
mereka kata BODOH! buat apa nak buat baik kalau macam tu buang masa.
bila orang kata tak apalah orang buat jahat dengan kita, kita kena bersabar
kita kata itu hukum karma.......
mereka kata, GILA! orang hilang akal sahaja boleh tahan, kenapa tak balas ja balik?
bila orang kata jangan suka jaga tepi kain orang belum tentu tepi kain sendiri terjahit elok
kita kata suka hati kitalah......
mereka kata, TENGOKlah! macam nilah orang zaman sekarang ke hulu hilir bersama.
bila orang kata jangan mengharap bulan jatuh ke riba takut nanti kita melara
kita kata kita tanya kenapa......
mereka kata, BERANGAN je lebih usahanya tak nak.
bila orang kata enggang sama enggag pipit sama pipit mesti tahu di mana kita berdiri
kita kata dunia sekarang dah tak kisah......
mereka kata HUH! tak sedar diri, nak tumpang harta orang lah tu.
bila orang kata lumrah dunialah kadang2 kita dibawah kadang2 di atas
kita kata kita tanya dunia berputar tapi adil kah?
mereka kata, PADAN MUKA dengan dia baru tahu langit tinggi rendah
aku kata... ini biasa kerna manusia suka berkata2.
ReplyDeleteselagi boleh berkata2 selagi tu fitnah bermaharaja.
ReplyDelete