Tuesday, 9 April 2013

Malam

Badan dah letih, dah xlarat nak angkat kepala,
Baring kejap atas katil, tapi mata masih nak terkebil-kebil lagi, sudah beberapa kali aku berpusing ke kanan dan  pusing kiri, Dia di sebelah sudah nyenyak melayan mimpi,
Aku, masih sedaya upaya melelapkan mata kerana malam sudah semakin menyepi,
Hanya kedengaran bunyi kipas usang yang aku beli di kedai second hand. Agaknya tunggu masa sahaja hendak 'menyerah' dirinya. Tapi tak apalah, selagi boleh digunakan, apa salahnya. Bukannya mahal pun.
Bunyi oksigen dari akuarium di dalam bilik, buat aku rasa damai. Seperti mendengar air terjun pulak rasanya.
Bayang- bayang ikan berenang di dinding seperti satu fantasi. Warna lampu yag warna warni dari akuarium seakan menaikan lagi suasana fantasi aku. Sungguh tenang sahaja aku rasa.
Waahhhh, cantiknya lihat ikan berenang di dinding.......
Dalam hayalan itu, aku terlelap sendiri.................

No comments:

Post a Comment