Kadang-kadang mungkin orang lupa, atau buat-buat lupa, tentang satu perkara.......
I do believe in "HUKUM KARMA". Apa sahaja tindakan kita ini pasti ada balasannya.
Cepat atau lambat sahaja bezanya. Bak kata pepatah, " BUAT BAIK DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT".
Tapi aku tak mahulah membuat jahat kepada orang. Aku harap supaya hati aku tidak akan sampai hati untuk membuat jahat seperti itu kepada orang lain. Dalam mana-mana organisasi, tentu sekali ada orang yang mempunyai pangkat "PHD" tidak kira orang pangkat rendah atau tinggi, apabila mempunyai pangkat "PHD" ni ia tidak mengira pangkat atau status.
Kuatkan hati untuk terus menarik otot bibir ketepi, Pipi kanan harus memperkuatkan daya menarik otot muka ke atas kanan dan hujung bibir kiri akan harus lebih kuat mengangkat hujung bibir kiri. Rela atau terpaksa, diri harus kuat mahu memperdaya hati sendiri untuk terus berfikiran positif.
Bila hati jadi keras macam batu, susahlah nak nampak kebaikan orang di mana.
Lumrah dunia, fitrah manusia, jika kita membuat sesuatu pasti inginkan balasan atau pujian. Sekurang- kurangnya adalah penghargaan. Tidak kira samada secara tersirat atau tersurat. Setiap masa dan setiap inci diri akan terus berebut-rebut untuk menjadi yang terbaik. Cuma cara sahaja yang membezakan penghargaan, gaya yang merencatkan pemikiran dan kelakuan yang memusnahkan ikatan tetapi MEMPUNYAI tujuan dan misi yang sama, IAITU ingin terus dihargai.
Adakah penghargaan itu alasan untuk memijak-mijak ilmu orang lain?
Adakah penghargaan itu alasan untuk menyebar aib orang lain?
Adakah penghargaan itu alasan untuk menutup rezeki orang lain?
Adakah penghargaan itu alasan untuk memburuk-burukan sikap orang lain?
Walau apa sahaja alasan mereka, tujuan mereka adalah untuk dilihat, dipuji oleh orang atasan. Disanjung tinggi oleh masyarakat. Tidak kisah apa yang tidak betul janji apa sahaja yang dilihat itu sudah dianggap betul. Tapi mereka mungkin lupa bahawa ada yang lebih ATAS melihat setiap perjalanan hidup kita. Jadi tidak payahlah kita memalu kompang merata-rata.
No comments:
Post a Comment