hanya pasang telinga mendengar guru-guru aku yang menyanyikan lagu 'KAMI GURU MALAYSIA'. Sekarang aku berpeluang pula menanyikan dan menyambut hari guru. Menjadi guru membuatkan aku menjadi lebih kuat dan matang dalam membuat keputusan. Kesabaran kena tinggi dan physiology kena sentiasa bersedia bila sahaja kaki melangkah masuk ke kelas.
Ragam budak sekarang lebih mencabar. Aku sangat bersyukur kerana aku berpeluang menjadi seorang pendidik walaupun sekadar di sekolah kecil. Aku rasa puas dapat mendidik anak bangsa sendiri. Aku juga sentiasa belajar untuk memperbaiki diri demi anak-anak murid aku. Setiap hari xlekang dari mulut aku ni marah sahaja dengan ragam sorang-sorang, tapi demi mereka, demi masa depan mereka, tak apa jika aku di benci sekarang daripada aku dibenci kerana tidak mendidik dengan betul.
Jasa guru itu sangat besar walaupun kita nampak ianya sekadar duduk di dalam office sahaja, tetapi banyak perkara yang kira tidak dapat hendak menilai sendiri dengan mata sahaja. Guru adalah orang yang paling bersabar dalam mendidik anak bangsa, kerana kami bukan sahaja berdepan dengan ragam murid-murid, malah ragam parents, masyarakat dan orang atasan. Bagi aku, orang yang tidak menghormati guru adalah orang yang hina kerana tidak bersyukur dan menghargai sesuatu.
Hari ini, aku masih ingat wajah-wajah semua guru aku yang pernah mengajar aku dulu. Kadang-kadang aku tertanya-tanya jika mereka mengingati aku. So, hari ini aku juga faham mengapa guru susah hendak ingat wajah setiap murid-muridnya. Walaupun begitu, aku faham dan aku tahu, mereka juga seperti aku sentiasa mendoakan anak didik mereka.
CIKGU, TERIMA KASIH KERANA AKU TELAH BERJAYA,
JASAMU SENTIASA DI SINI (HATI)
GURU MALAYSIA-VERSI ULTRAMAN
dipinjam dari: you tube