Saturday, 19 October 2013

si setia dan si muka-muka

di dunia ada 2 jenis manusia yang betul betul setia dan yang bermuka muka,
kita juga ada dua pilihan samada ingin menjadi si setia atau si muka-muka.
apabila kita memilih untuk menjadi si setia, tapi kadang-kadang kita juga bermuka-muka,
si muka-muka juga kadang-kadang menjadi setia.
betol atau salah pilihan yang kita buat, cuma kita sahaja yang tahu.
namun, tiada persoalan atau jawapan pada betol atau salah terhadap pilihan yang dibuat.
tapi cuma satu, bagaimana kita nak perbetulkan apa yang silap dan apa yang salah.

jiwa, tolong diri bedepan realiti

kaki berlari lari menuju tingkap laju laju,
supaya hati rasa damai, supaya otak rasa aman cepat cepat,
segala keresahan yang tersimpan di dalamnya moga moga cepat hilang,
kalau di hitung hari, satu lori sampah pun tak cukup nak mangangkutnya untuk buang jauh jauh.
tiba tiba terasa berat sangat suasana sekeliling.
setelah sekian lama, baru hari ini hati perasan, bahawa yang sebenarnya diri sangat takut berdepan realiti kehidupan.

Wednesday, 16 October 2013

belom rezeki aku, untuk punya anak

Ramai sudah kawan kawan aku yang sudah kahwin dan mempunyai zuriat masing-masing. Hati mana yang tidak terdetik untuk ada anak sendiri. Cuma orang tidak tahu menilai hati orang lain sebab itu pelbagai andaian salah keluar dari mulut. Jika diberi satu kebolehan oleh Allah, esok juga aku mahu beranak, tapi itu cuma cakap-cakap kosong saja, yang semua orang boleh cipta.

Bila melihat di laman sesawang mereka, masing-masing mengapload gambar keluarga lengkap atau anak. Jealous itu ada tapi tidak sampai terdetik rasa dengki kerana itu penyakit hati yang paling parah. Aku tidak mahu terjebak, BAHAYA!

Bersabar itu penting, bersyukur paling penting kerana Allah punya sebab yang lebih afdhal untuk tidak memberi rezeki itu lagi. Hanya kita tidak tahu. So, kepada sesiapa yang senasib dengan aku, harap-harap kita dapat berfikiran positif terhadap setiap caturan hidup yang Allah tetapkan untuk kita. Teruskan usaha, doa, ikhtiar dan harapan insyaallah ada berita baik menanti. Hati juga mesti mau kuat.

my Teyh sudah hilang






Sudah 2 minggu Teyh menghilang. Kemanalah engkau pergi ni Teyh, baliklah. Aku rindu kamoo. Dtang dengan senyap, pergipun dengan senyap.

.
 kalau dulu kalau tak ada dalam rumah mesti tidur dalam bilik air. Tahulah sebab apa suka sangat tidur dalam bilik air tu. Cuaca panas agaknya. Tapi bila nak mandi je dah kalut.apalah Teyh ni.

DARI LENSA DIGITALKU*- apa ada di depan rumah













Friday, 4 October 2013

kaki bogel melangkah


mata melihat pada hujung kaki dan 
otak ligat berfikir untuk mentafsir input-input yang masuk ke dalam hati.
mulut terkumat kamit melafazkan istighfar.
errmmmm..........sejuk saja rasa di hati dan di otak.
kaki yang bogel mula melangkah.
mari..................
langkah laju-laju supaya kita tidak ketinggalan,
tinggalkan semua,
tinggalkan nestapa,
dan carilah jalan keredhaan.

Monday, 9 September 2013

tugas guru semakin mencabar

sejak akhir-akhir ini tugas guru menjadi semakin mencabar. Dari segi emosi, mental juga fizikal. Jika dihitung tahun dan masa yang berlalu, sungguh tidak terasa. Bezanya perwatakan guru dahulu dan sekarang, bezanya penerimaan ibu bapa dahulu dan sekarang dan bezanya kemanjaan serta kenakalan murid dahulu dan sekarang. Bila aku lonjakan pemikiran aku untuk berada di tahap teratas untuk berfikir betapa besarnya tanggungjawab guru itu, baru aku sedar, betapa beruntungnya aku dahulu mendapat warga pendidik yang berdedikasi dan penuh kesabaran mendidik aku. Sekarang aku pula yang merasai detik-detik itu.

Kesabaran yang diuji dengan pelbagai masalah dan kerenah.Siapa kata kerja guru mudah? Siapa kata tugas guru paling sikit? Siapa kata tugas guru hanya nak marah, nak rotan, nak denda saja? Bila di sekolah,  guru adalah segala-galanya. Kenapa aku berkata begitu? Setelah kaki melangkah masuk ke kawasan sekolah sahaja, tugas guru adalah bukan sekadar guru malah lebih daripada satu ''profession'' yang guru sandang. Antaranya, GURU adalah PENGHIBUR di kala MURID SEDIH, GURU adalah DOKTOR di kala MURID CEDERA, GURU adalah KAUNSELOR dikala MURID menghadapi MASALAH, GURU adalah ''CLEANER'' dikala MURID MUNTAH dan MEMBUANG AIR, GURU adalah ''GUARD'' jikala murid keseorangan.

Tidak ada guru yang menginginkan anak didiknya gagal dan terseksa. Tiada juga ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka mendapat kesakitan. Cuna kadang-kadang tindakkan itu melampaui batas dan pemikiran kerana terlampau taksub untuk mendidik supaya mereka menjadi 'perfect' di mata dunia. Tak salah, tapi biarlah balance dunia akhirat.