Kesabaran yang diuji dengan pelbagai masalah dan kerenah.Siapa kata kerja guru mudah? Siapa kata tugas guru paling sikit? Siapa kata tugas guru hanya nak marah, nak rotan, nak denda saja? Bila di sekolah, guru adalah segala-galanya. Kenapa aku berkata begitu? Setelah kaki melangkah masuk ke kawasan sekolah sahaja, tugas guru adalah bukan sekadar guru malah lebih daripada satu ''profession'' yang guru sandang. Antaranya, GURU adalah PENGHIBUR di kala MURID SEDIH, GURU adalah DOKTOR di kala MURID CEDERA, GURU adalah KAUNSELOR dikala MURID menghadapi MASALAH, GURU adalah ''CLEANER'' dikala MURID MUNTAH dan MEMBUANG AIR, GURU adalah ''GUARD'' jikala murid keseorangan.
Tidak ada guru yang menginginkan anak didiknya gagal dan terseksa. Tiada juga ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka mendapat kesakitan. Cuna kadang-kadang tindakkan itu melampaui batas dan pemikiran kerana terlampau taksub untuk mendidik supaya mereka menjadi 'perfect' di mata dunia. Tak salah, tapi biarlah balance dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment