Ramai sudah kawan kawan aku yang sudah kahwin dan mempunyai zuriat masing-masing. Hati mana yang tidak terdetik untuk ada anak sendiri. Cuma orang tidak tahu menilai hati orang lain sebab itu pelbagai andaian salah keluar dari mulut. Jika diberi satu kebolehan oleh Allah, esok juga aku mahu beranak, tapi itu cuma cakap-cakap kosong saja, yang semua orang boleh cipta.
Bila melihat di laman sesawang mereka, masing-masing mengapload gambar keluarga lengkap atau anak. Jealous itu ada tapi tidak sampai terdetik rasa dengki kerana itu penyakit hati yang paling parah. Aku tidak mahu terjebak, BAHAYA!
Bersabar itu penting, bersyukur paling penting kerana Allah punya sebab yang lebih afdhal untuk tidak memberi rezeki itu lagi. Hanya kita tidak tahu. So, kepada sesiapa yang senasib dengan aku, harap-harap kita dapat berfikiran positif terhadap setiap caturan hidup yang Allah tetapkan untuk kita. Teruskan usaha, doa, ikhtiar dan harapan insyaallah ada berita baik menanti. Hati juga mesti mau kuat.
No comments:
Post a Comment