Wednesday, 23 November 2011

TUHAN,,tolong hilangkan kesedihan aku

Aku sedih lagi Ya Allah.......
Jika ENGKAU tidak boleh menghilangkan kesedihan aku Ya Allah,
ENGKAU kurangkanlah kesedihan aku,
Maka aku tidak menangis lagi.....
Salahkah jika aku menangis?
Sungguhpun aku kuat, namun hati aku kalah,,, menangis.....
Aku xmampu Ya Allah.....
KepadaMU tempat aku mengadu
kerana tiada sesiapa pon adalah pendengar yang baik
Aku rasa bersalah padaMU Ya Allah 
kerana aku lemah dengan ujianMU...
Aku tahu Ya Allah setiap kesedihan yang ENGKAU titiskan ke dalam hatiku
Adalah satu pintu kepada kegembiraan 
Aku juga tahu Ya Allah setiap tangisan dari dalam hatiku
ENGKAUlah yang menjadi pendengar
Namun aku masih sedih....
Aku mengharap pertolonganMU
Aku tak mahu menangis dan bersedih lagi...
Ya Allah,,,tolong hilangkan kesedihan hatiku

pinjam dari: you tube

Friday, 18 November 2011

Bertekad!

Harini aku beruntung sebab setiap hari Jumaat aku xada apa2 aktiviti atau apa2 kelas, x seperti sem2 yang lepas aku dan member2 aku bergigih jalan ke kelas atas sebab2 yang munasabah sebagai seorang pelajar. Walaupun hari Jumaat setiap oarang mempunyai waktu yang berlainan tapi masi bergigih jalan ke kelas kecuali seorang je member aku ni. Nama dia Sukino, cantik, sangat pentingkan kecantikan, mugkin xmelampau, tp agak keterlaluan gak lah. Nasihat kitorang yang x berape nak lawa ni bukan nak dengar sangat. Dia rajinlah naik bas, rajin menunggu bas yang memang xpernah tepat masa tu. Tak macam kitorang ni, kitaorang lagi rajin sebab kitaorang berjalan je, hehehee...


Haha,,,sedikit melalut. Sebenarnya bukan hal ni yang aku beriye2 sangat nak ceritekan. Harini sebenarnya macam2 hal yang berlaku kat dalam rumah aku. Biasalah bila dah student tinggal kat rumah sewa, macam2 gelagat ada. 2 orang dari member aku, si Komea dengan Anzu ni gila sangat pada kumpulan K-Pop 2pm ni. Kebetulan pulak ada contest kat 8tv Quickie, diorang pon dengan semangat masuk contest tu, bukan tu aja, segala contest yang ada semua diorang masuk, tp xada rezeki orang kata. Entah sejak bila entah group Korea ni menjadi sangat popular kat Malaysia ni agaknya. Aku sebagai  member tengok jelah gelagat diorang sambil membalas dengan senyuman. Aku sambil2 tu berfikir, aku  xtahu ada orang yang memang sangat berusaha untuk dapatkan apa yang diorang idamkan tanpa berfikir apa orag lain akan fikir. Mungkin aku memang tidak terlalu berusaha untuk dapatkan apa yang aku idamkan sangat sebab terlalu fikir tentang apa yang orang lain akan katakan.


Aku juga agak kecewa sebab diorang x menang. Yelah, bukan senang nak masuk online contest ni dahlah ramai pulak yang minat band Korea tu , berebut2lah orang nak hantar jawapan sampaikan nak hantar jawapan pon xlepas. Dan bukan diorang je xlepas hantar, ramai lagi yang comments x dapat nak hantar.Nak buat macam mana....lagi, bukan tu je kisah lucu yang berlaku kat rumah ni hari ni. Lagi seorang si Yamamoto ni pulak boleh dia buat kerja gila harini dengan duduk main hujan dekat playground bawah ni. Katanya dia tension sangat study EPE. Akupun xtahu subject apa tu tapi yang pastinya subject yang budak2 engineering kena ambil dan aku sangat yakin yang subject tu sangat susah lebih2 lagi  bila tengok keadaan dia macam tu. 


" Yamamoto, nak perg mana tu pakai macam tu?"." Nak pergi main hujan". Dengan selamba ja dia menjawab pertanyaan  si Anzu tu. "Guruhlah....kilat lagi nak main hujan, bahayalah. Hujan asidlah sekarang, xselamat langsung nak main." Dengan nada sedikit tegas bersungguh menghalang si Yamamoto daripada turun. Namun nasihat tu disambut hambar ja oleh Yamamoto." Alah,,,aku dah demam, alang2 dah demam tu baik aku turun main hujan je. selesema ni mengganggu aku nak study, tension aku". Lepas tu dia terus saja  melangkahh turun pergi main hujan. Kitaorang memandang sesama sendiri dan mungkin juga mempunyai pemikiran yang sama yang betul ke si Yamamoto ni main hujan?


Beberapa minit tu dia naik dengan keadaan basah kuyup. Kitaorang lepas pada dia turun tu, aku dan Anzu intai   dari koridor tu. Sememangnya Yamamoto ni sangat bertekad ingin main hujan kat bawah tu. "Sungguh bertekad diaorang bertiga harini". Seketika, luahan kecil terpancul keluar dari mulutku.

Tuesday, 15 November 2011

unexpected number 3!

Sesak nafas, sesak duit, sesak hidup dan macam2 sesak lagi yang sedang mencengkam ketenangan jiwa kala ini. Sambil wajah aku dongakkan ke langit yang hitam yang menandakan bahawa kejap lagi hujan akan turun  mencurah2 ke dada bumi. Aku suka hari hujan, aku suka dengan alunnan rintikan hujan yang turun itu, bahagia...Bau aroma rumput segar dan air embun selepas hujan membantu aku dalam memberi ketenangan. Teringat-ingat waktu sekolah2 dulu, bila menggamit balik kenangan yang memang sengaja aku lupakan, rase tercuit2 hati kecil aku.

"An, jom kita join group kompang felda nak x?" aku seperti dtembak oleh peluru ke dadaku terasa melayang badan aku kebelakang bila mendengar je ajakan member aku tu tadi. Macamlah dia xtahu yang aku ni malu, terketar, kelam kabut bila berdiri dihadapan orang. "hah?" aku jawab sambil menunjukan riak wajah yang aku kira member aku tu akan memahami situasi aku tatkala tu. "Sengal jugak member aku sorang ni" dalam hati aku berbisik kecil. "Alah,,,,kalau kau join kompang mesti kau dapat hilang kan rasa malu dengan nerves kau tu nanti, lagi pulak nanti kau kata nak masuk U kan nak kene prepare presentation kan nanti?". Aku pulak seperti ditarik2 oleh besi berani, tanpa berfikir panjang, aku bersetuju dengan harapan aku akan dapat balancekan rasa malu aku yang terlampau ni.

Pernah sekali aku masuk pertandingan syarahan masa form 3, sampai je turn aku kat atas pentas tu, kaki aku dah start shaking, selesai saja memberi kata2 ucapan pertama, aku bersyarah laju kerana panik memikirkan yang tangan aku plak, da start shaking. Hahaha yang lagi teruknya, satu badan aku plak xnak mengalah menguasai impak getaran dari nerves aku yang terlampau2 kat atas pentas tu. Aku perasan ssemua orang yang berada di dalam dewan tu senyum kambing dan tergelak kecil memandang ke arah aku. Selesai saja syarahan aku, perlahan2 aku berjalan menuruni anak tangga pentas sambil mulut menyumpah2 malu "Cis, aku sendiri xtahu apa yang aku luahkan kat atas pentas tadi. Malunyalah nak keluar dari sini."

Seperti ada bebanan yang tersangat berat di atas kepala dan di kakiku, aku melangkah seperti orang yang hilang pertimbangan badan mengharapkan tiada orag yang akan pedulikan aku dengan apa yang terjadi diatas pentas tadi. Tiba2,"An, kenapa badan kau terketar2 masa kat atas pentas tadi?" DUSSHHHH......terkena aku. Bersama2 senyuman yang tawar, perlahan2 mulut aku meluahkan kata namun dalam nada yang terkejut yang sengaja dibuat2 kerana aku sendiri dah agak akan dilontarkan soalan seperti itu. "hahhhh,,,nampak sangat ke?" "yelah,,,nampak sangat kaki kau dengan badan kau shaking." Dengan penuh rasa excited dia menjawab soalan aku tu. Aku pulak hanya mampu memberikan senyuman yang sugul sahaja tanpa rasa ingin memberikan sebarang komen terhadap persoalan dia tadi. "Macam mana dia boleh rasa excited pulak, malu gila aku ni" hanya hati aku sahaja yang mampu berbisik tatkala ni.

Entah waktu bila kesemua acara tamatpun aku xsedar kerana terlalu malu memikirkan saat kejatuhan aku tadi. Tibalah saat yang dinantikan oleh semua orang kecuali aku. Apa yang aku rasa saat ni adalah balik bilik dan menyorok atas katil aku. "Tempat ke-3......". "Eh An, tu nama kau tu". Salah seorang budak entah ape name dia pon aku xtahu menegur ketika nama aku dipanggil. Dengan gaya yang terpinga2 aku terus bangon. " hAh! ape2, kenapa?" aku kelam kabut lagi bila tiba2 disentuh ketika menggelamun tadi. " Tu, nama kau tu dapat no 3 syarahan tadi pergilah naik pentas ambik hadiah tu." Sambil membetulkan baju, laju aku jalan naik ke pentas. Aku cepat2 ambil hadiah tu dan turun dari pentas kerana tangan aku masih terketar2 seperti tadi. Bagi mengelakkan orang nampak, aku lekas berjalan turun dari pentas. MALU!......sambil dalam hati tertanya pelik, "aku boleh menang? hehehehe".



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Monday, 14 November 2011

hadiah dan kuih untuk raya haji

Haritu satu hari aku berkurung dalam bilik menghabiskan sisa2 hidup yang tersarat dengan assignment. Almaklumlah ..mentang2 cuti raya haji dengan mid term disekalikan lecturer pon ambil lah peluang kasi 'hadiah' dan 'kuih' raya untuk dibawa pulang bersama2. Aku sebagai seorang student yang prihatin dan berkaliber (hehehe) xmungkin membiarkan 'hadiah2' dan 'kuih2' tu semua berkulat tanpa sentuhan. Hari raya kedua menjadi  tumpuan hari untuk mengarang cerita dari 'hadiah' serta 'kuih' itu.


Dengan besertakan azam dan jihad yang memang tengah membara untuk menyudahkan cerita2 itu, maka berkendurilah aku di dalam bilik aku. Mood pon dah tunggag langgang gara2 kenyang terlampau dengan 'kuih2' tu ditambah lagi dengan side dish yang memang x kene dengan selera langsung, bertambah tambah lah kelesuan otak aku berfikir.Mak akupon langsung x ganggu aku menghabiskan sisa2 hidup aku dalam bilik. Nak kata teruknya, mak aku dah tolong basuhkan baju aku sekali, dengan masak,hehehe. biasanya akulah yang membereskan hal2 tu semua. Dah jatuh sikit saham aku nak kawin....


Hari berikutnya, aku ke bandar bagi menyudahkan perlaksanaan terakhir terhadap 'hadiah' dan 'kuih' yang telah siap tu yakni mengemailkannya pada kawan aku untuk compile. Lega rasanya bila kesemua 'hadiah' telah habis dibuka dan kesemua 'kuih' telah habis dimakan. Tapi yang xbestnya sisa2 nya masih bersarang dalam otak aku, mood aku yang tunggang langgang langsung tidak membantu melegakan rasa itu. HUH! gara2 HADIAH dan KUIH raya dari U!

Saturday, 12 November 2011

kisah satu malam

Aku dah lupe lah kejadian ni berlaku bila tapi yang pastinya terjadi dalam tahun ni jugak dalam pertengahan tahun haritu. Aku xberapa pastilah ape sebenarnya terjadi tapi malam tu aku seram gila xtahulah samada aku sorang yang rasa atau akak dgn mak aku pon rasa perkara yyang sama jugak mcm aku. Mungin jugak terpengaruh dengan cerita2 hantu pasal banyak sangat tengok cerita hantu. Kononnya berani sangat tapi memang akulah orang yang paling penakut sebenarnya. Aku xcerita pada sesiapa pon pasal hal ni sebab x pasti apatah lagi nak tanya balik pada akak dengan mak apa yang berlaku sebenarnya. Aku tengok dorang macam xada ape2 pon so, aku tinggalkan perasaan aku jauh2 walaupun sebenarnya perasaan tu bergayut2 kat fikiran aku.

Ohhh,,,berbalik pada cerita asal, kami malam tu, dalam perjalannan balik dari arah bandar, beberapa meter selepas melepasi satu jambatan yang menghubungkan antara 2 jalan kat situ, kereta kami bergerak slow2 je dalam mengharungi gelap malam tu, almaklumlah, kenalah berhati2 ditambah plak masing2 rabun malam, disetiap sisi jalan plak tak ada langsung lampu jalan untuk membantu penglihatan kami. Ladang kelapa sawit disetiap pelusuk jalan membantu memberi signal keseraman yang x terhitung pada waktu malam. “apalah lembab sangat kereta kat depan ni, kenapa kereta tu  pasang signal rosak ke?” aku bersuara memecah kesunyian. saje je tanya soalan macam tu sebab xlame lagi nak ambil lesen kereta so, aku nak tahu lah  itu ini yang berkenaan dengan undang2 bawak kereta ni.

Lama jugak kami membontoti kereta tu. Disebabkan terlampau lembab, akak akupun menunjukan skillnya memotong kereta dengan pantasnya tapi xdapat nak mununjukan skill driftnya pada aku sebab rabun. “ laaa.. patutlah lembab sangat, ada 2 kereta lagi kat depan macam tu”. Aku bersuara  lagi. “Memang kereta tu ada problem lah tu. Akhirnya suara akak aku kedengaran. Mak kat belakang, aku tengok seperti ingin berkata2 jugak tapi disampuk oleh aku lagi dengan pertanyaan yang macam2 berkenaan dengan kereta rosak dan undang2. Tak habis kat situ, kereta dari arah bertentangan plak memberi signal lampu kelip2. Aku geram betol, “tau lah lampu cantik xpayahlah nak menunjuk2 xtau ke kat dalam kereta ni orang rabun malam dah lah silau aku menunjukan kegarangan aku , dalam hati bangga je sebab berjaya menunjukan rasa marah. Tapi depan akak dengan mak jelah. Kalau berdepan mau macam tikus jugak. Penakut.

Selepas melepasi 2 kereta dari arah bertentangan, dengan signal yang sama seperti kereta pertama tadi, aku dah mula rasa xsedap hati. Teringat plak semua cerita2 hantu yang aku tengok yang memberi signal seperi itu kalau ada 'sesuatu' diatas bumbung kereta. Namun aku berlagak cool aku tanya lagi pada akak aku “ kenapa kereta tu lampu die tinggi sangat? aku harap pertanyaan aku disambut oleh akak dengan jawapan yang cool jugak. Seperti memahami luahan hati aku, akak aku menjawab dengan coolnya yang setengah kereta memang lampu macam tu seperti kereta Viva dia dulu. Fuhhh...lega aku harap  aku dapat alih perhatian akak dengan mak supaya tidak berfikir mengarut seperti aku. Budak penakut memang macam ni, fikiran menjangkau dek akal, aku berbisik sendiri dalam hati kecil aku.

Dulu mak masa balik Kedah, ikut jalan lama kat Kelantan tu, waktu malam satu kereta tiba2 bau wangi.” mak aku tiba2 bersuara meluahkan suku daripada cerita yang aku agak adalah cerita seram. Anggapan aku tu betol. “aduhhhh,,,mak, xkanlah time ni nak bukak cerita seramberbisik hati kecil aku. Muka aku time tu memang cuak dah, macam2 yang aku gambarkan dalam fikiran aku. Tiba2 aku dengar satu suara yang ketawa kecil, aku toleh, aku nampak satu muka yang seram tersengeh gembira kerana bangga mendengar cerita mak aku. “tapi 2 orang je yang bau wangi tu, mak baca selawat harap2 bau tu hilang. mak aku menyambung cerita tadi. Perasaan aku tersentak fikiran aku melayang bersama khayalan aku sebentar tadi. Aku pandang wajah akak, masih cool. Aku xtahu samada cool kerana focus membawa kereta atau berusaha buat xtahu dengan cerita2 mak aku tu.

Aku hanya mendengar tanpa rasa ingin menjawab atau menyampuk sedikit pun cerita mak aku tadi. Fikiran aku melayang lagi bila satu lagi kereta dari arah bertentangan memberi signal yang sama pada kami. Dengan perasaan yang igin tahu tanpa fikiran yang mengarut aku tanya akak “kereta kita ada masaalah ke?” akak aku senyap, lama tu baru dia bersuara “entah, kak baru je hantar service, xada ape2 pon masalah sambil matanya memandang cermin sisi dan cermin pandang belakang. Kami diam melayan perasaan masing2 sunyi membelah malam tanpa sebarang muzik dari radio akak aku sebab rosak. Perjalannan ke rumah aku memang jauh seperti tinggal di hujung dunia. Tambahan lagi, dalam keadaan yang macam ni, masa perjalanan tu terasa lagi jauh dari biasa.

kak selalu kalau balik kerja malam kak pasang cd ayat2 Qursi kalau naik kereta kawan kak.”Aku tersentak, akak aku ni tiba2 plak nak tunjuk berani. Aku senyap je menunggu apa cerita seterusnya  yang nak keluar dari  mulutnya. Senyap, tiada tanda2 yang dia akan menyambung semula cerita dia tadi. Mak aku kat belakang apa lagi, ambil peluang lah menyampaikan cerita dia yang tergantung tadi. Tapi kali ni dia menyambung cerita akak tadi, dia cakap kalau takut, pasang lah cd ayat2 Al-Quran atau pun ayat Qursi tu kalau xboleh nak baca. Aku dengar dengan penuh kusyuk. Entah bila entah aku tertido. Sedar2 je dah kat depan rumah dah. Bila keluar dari kereta aku tenung satu body kereta tu mencari apa yang pelik tapi x menjumpai ape2. Disebabkan  xada sapa2 diantara kami yang membuka cerita malam tu, aku membiarkan cerita tu berkubur kat situ je. Xada orang tahu apa sebenarnya berlaku pada kereta kami malam tu.








Wednesday, 2 November 2011

Kepastian


Aku lihat ibu itu, sugul.....
seperti penuh beban diatas bahunya....
aku tenung mencari apakah bebanan itu...
mata bertentangan....
aku sorok pandangan aku
aku alih entah kemana akupun tak tahu
aku jeling lagi kearahnya
inginkan kepastian....
jelas terpancar keperitan diwajahnya...
dalam mencari jawapan itu
matanya bertentangan merenung tepat kedalam mataku
aku gagap, aku terkedu
hanya senyuman yang aku lihat dari bibirnya
MENGAPA???
hati kecilku lalu berbisik halus
Terpesona. Telingaku lalu menangkap kata itu
seperti memahami hatiku berbisik
lalu aku mendapat jawapan itu 
"tiada apa yang lebih perit yang berlaku pada
setiap manusia itu melainkan kita kehilangan
kasih sayangNYA, ujian TUHAN bukanlah
apa2pun melainkan kita tidak mampu"


APA YANG AKU CARI???

Fikiran melayang lagi
dimana kali ini ia mendarat tidak pasti
jauh...disana....dimana???
ENTAH........
aku ingin kesana....
kemana???
ENTAH....
aku angkat tangan mentadbir diri
apa yang aku cari?
apa yang aku lihat?
apa yang aku capai?
ENTAH.....
Jari2 menari memegang pena
otak ligat berfikir
mencari noktahnya dimana
masih....tiada jawapan
ENTAH......
apa yang aku cari sbenarnay?

What are words....


Dipinjam dari you tube

Anywhere you are, I am near

Anywhere you go, I'll be there

Anytime you whisper my name, you'll see

How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words

If you really don't mean them

When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me

And I know I'm meant to be where I am

And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most
What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone
Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most
I'm forever keeping my angel close

Bukan itu yang aku percaya

Aku x berapa nak pasti samada aku faham atau tak makne IKATAN ni. Aku sorang atau ramai lagi orang yang macam aku kat luar yang sememangnye x berape nak pasti maksud sebenar2nye perkataan tu. Bile difikir lebih mendalam, makinlah ianya menjadi sulit nak faham. Bukan ape, mesti akan timbul macam2 fahaman, macam2 maksud, dan macam2 rungutan. Pelbagai jenis ikatan kite jumpe kat dunia ni. Ada ikatan persahabatan, ikatan ibu ayah, ikatan kekasih dan ikatan suami isteri. Semua orang mementingkan ikatan xkirelah ape ikatan yang dicipta oleh setiap orang itu, tapi jika kite lihat pada hari ni, ketika ini dan di dunia saat ini, setiap ikatan telah mempunyai satu titik kekurangan yang sememangnye penting pada satu2 ikatan itu. Kekurangan kepeihatinan, kasih sayang, dan belas kasihan. Semua orang mencari kesempurnaan, tapi, kesemprnaan bagaimana yang diidamkan?Aku juga memburu kesempurnaan itu, kesempurnaan yang aku harapkan akan memberi aku ruang untuk hidup bahagia.......

Kenangan yang hilang..........
kenangan inilah yag menjadikan aku kuat untuk hidup. Aku juga budak kejam, kejam kerana kadang2 aku lupa diri, aku lemah kerana menyalahkan takdir atas sume yang aku alami. OH TUHAN, aku lemah tanpa MU, aku gagal tanpaMU, aku hilang arah tanpaMU. Aku benci sume orang, aku jadi budak ego, tiada kemaafan dalam ''notebook'' aku, aku menggalas kebencian, aku menggendong kemarahan aku dalam ikatan aku. ''i'm not like you'' inilah word yang aku selalu letakan dalam kate2 aku. Aku hilang keyakinan aku setiap kali aku lihat wajah2 orang keliling aku. Bile saje aku  mendongak mengharap pertolongan aku semakin yakin ALLAH itu MAHA MENGETAHUI atas ape yang DIA rancangkan buat aku.
''i'm alright'' aku bisikaan dalam hati aku  yang sepi. Aku xkan nangis lagi. Aku xnak orang lihat aku lemah lagi....

Tuesday, 1 November 2011

karaoke2.

Kalau dikire, ni lah kali ke 2 aku pergi karaoke....itupun dah puas member aku ugut. bukan ak kate aku ni budak2 baik apatah lagi budak2 y alim, cume aku xsuke nak bagi orang sakit telinge dengar nyanyian aku y tersangat la merdu ni. satu lagi,,,aku sayang gile nak kuar duit belanje kat tempat mcm ni...bagi aku, elok la aku wat beli makanan lagi kenyang. Aku xadela nak kutuk orang yang pergi karaoke, xapelah..sume orang ade pendapat masing2 kan. mungkin pade zaman sekarang ni kau ni dikire ketinggalan zaman jugak lah dan x sporting. Lepas asar, kire dalam pukul 6.30, kitorang bertolak ke pusat karaoke tu kat Newway Klang. sampai je kat sane, aku excited gile..haaaa... bukan ape,,excited sebab ade buffet. lepas je pegi solat maghrib, kitowang start la serbu buffet dulu melantak sampai pagi. Macam biasalah...aku dengan cara aku dan member2 aku dgn cara dioranglah. Mcm2 lagu diperdengarkan dan dinyanyikan mengikut alunan muzik karaoke ade jugak yang buat alunan muzik sendiri. Yang tu memang xdapat nak dinafikanlah almaklum ajelah,,bukan nye artis y selalu pegi wat kelas vokal. Aku salah sorang ahlinye. Dahlah memang nyanyi xsedap, ditambah plak kene pakse nyanyi, suare tu mcm segan2 lah nak kuar, bak kate orang, ade emas dalam mulut...




di pinjam dari google

sejuk punye pasal.......
kejap2 aku ke tandas. Nasib baik aku pakai baju tebal jugak, kalau x, beku aku dalam tu. entah untuk kali yang keberape akupon xingat aku keluar ke tandas, tapi kali ni aku pergi berjalan bersebelahan dengan member aku yang sorang ni...oang nye cantik, tinggi, boleh jadi model lah cukup package kate orang, orang sume padang pelik kat kitorang. Akupon dgn gaye poyonye, pandang balik dorang dgn pandangan pelik jugak. Balas dendam beb.....sampai kat selekoh pintu tandas tuh ade cina tegur siap bagi salam lagi. Aku dalam ati menyumpah jelah, nak cakap ape lagikan, lantak dielah...then barulah aku sedar rupenye memang aku pelik, bukan pelik sangat orang je tengok pelik(nak sedapkan ati), ape taknye...xsedar diri, xberape nak cukup inci plak berjalan bersebelahan dgn orang tinggi, memang orang sengeh je tengok aku.hahaha...dah sampai tanas baru sedar tengok kat cermin...aku dah sepeti semut....makin mengecil..malu.......