Wednesday, 7 May 2014

maruah yang seperti dibeli

manusia sangka maruah perkara yang boleh dibeli seperti pakaian pakai buang
walaupun maruah sendiri tercela dianggap tiada apa yang kurang
dicela, dicaci maruah orang tanpa sedikit rasa bersalah dan maruah sendiri dijulang-julang
kehidupan bagaimanakah yang sedang dipandang oleh orang??????????????

aku terkadang berbicara sendiri , golongan bagaimanakah yang sedang aku contohi?
bukan yang itu, dan bukan juga yang ini
sedang perasaan dan maruah sendiri sering di caci dan dikeji
sanggupkah aku juga berbuat sebegini kepada si pengkeji dan pencaci?

sungguh aku masih boleh bertahan dengan sebarang tomahan
sungguh aku masih boleh menerima  sebarang tuduhan
sungguh aku masih boleh mananggung segala bebanan
namun aku masih manusia yang tidak boleh lari dari melakukan kesalahan

hanya hati yang menangis, kerana mata sudah letih mengalirkan air jernih
hanya hati yang tertanggung pedih, kerana seluruh tubuh sudah penat menagih simpati
kerana pendirian manusia manusia sangat mudah ditoreh-toreh
kerana  kepercayaan manusia mudah dibeli

dua mata, dua telinga yang ada bukanlah sebagai bahan bukti
dua mata, dua telinga yang ada bukanlah sebagai alat sebar fitnah yang dinanti
kerana dua mata, dua telinga yang ada mudah ditipu oleh naluri
kerana dua mata, dua telinga yang ada mudah dikaburkan tanpa bukti


No comments:

Post a Comment