Tuesday, 10 July 2012

perkahwinan yang tak adil

cinta alam perkahwinnan lebih susah nak jaga daripada cinta waktu2 hangat ni, i means cinta sebelom kahwin. almaklumlah..orang kate xdapat lagi kan dah dapat ikut suka hatilah nak buat mcam mana kan pasangan tukan? masin2g ada hak memasing. cerita2 rumah tangga y x bahagia ni buat aku takut. aku takut kalau aku xboleh menjadi isteri yang baik untuk menjalankan tanggunjawab aku. melalui pengalaman yang aku dengar dari member aku, sesetengah orang menjadikan perkahwinnan sebagai satu jejantas untuk melukai hati pasangan. xmunasabah langsung kerana perkahwinan tu sendiri dalam islam satu perkara yang mulia. Menggunakan hak mutlak keatas isteri untuk sikap2 yang xmunasabah, pentingkan diri sendiri dan xbertimbang rasa langsung.

natijahnya, isteri akan terluka sorang2 kerana ingin menjaga hak seorang suami, menjaga maruah suami, ego suami, hati families dan mengingatkan itu adalah tanggungjawab terbesar selepas kedua ibu bapanya. bila mana seorang isteri membuka mulut untuk mengurangkan kesakitan dalam, dia dianggap telah berdosa terrhadap suaminya, tapi bagaimana pula jika bukan itu niat asalnya berbuat demikian? It's so complicated. aku juga xberani nak mentafsir perkara2 mcm ni. cuma aku rasa bersabar dan berdoa adalah jalan yang terbaik buat masa sekarang ni. Xapalah, kita akur pada kehendaknya walaupun hakikatnya sangat menyakitkan hati, selagi x melanggar syariat islam. kerana pada aku, itu pasti ada hikmah yang lebih besar daripada ujian masalah itu.


berbanding dengan aku, member aku lebih bersabar, sebab tulah aku nasihatkan dia supaya bersabar, sebab selama ni dah bersabarkan. kalau aku, aku terus je 'ludah' depan muka dia. ludah tu maksudnya terus terang bukan meludah, xbaik dosa. aku faham, sangat sebab kesabaran pasti ada batasnya, dan aku harap sebelom kesabaran tu meredah batas2 tu, masalah dia dapat diselesaikan cepat. aku xnak dia rasa menyesal dengan apapun keputusan dia sebab dia kata dia dah menyesal berkahwin, so, aku xnaklah dia wat keputusan bukan2 y nanti akan menyesal lagi.




harini sepatutnya aku keluar dengan dia, tapi dia xanta msg atau call lagi, aku dah dapat agak, tentu xjadi keluar, mungkin tidak dapat keizinan suami atau ada masalh lain, aku pon xtahu. aku malas nak call takut2 akan memburukkan keadaan atau mengganggu privasi dia. ermm,,, kalau mcm nilah, apa maksud perkahwinan tu sebenatnya? nak bahagia? atau nak terluka? atau membahagiakan? atau menyesakan? yang mana satu?, masing2 patutnya tahu.



dipinjam dari: you tube
                                jangan sedey2 jom dengar music ni,,,bagi tenang....chow!

2 comments:

  1. betul ! aku sokong..
    hehe..akhirnya aku jumpe blog ko setelah puas mncari

    ReplyDelete
  2. yelah...aku dah follow nko....senang le nak cari..hehe
    sokong2 pon kene fikir panjang jugak...kadang2 masalah tu datg dari kite juga y kite xsedar..ingat tu..

    ReplyDelete