Wednesday, 5 December 2012

my own guest book

Setelah hampir 4 bulan kahwin, baru sekarang aku berpeluang post guest book aku waktu perkahwinan  aku dulu. bergigih buat tu semua. Tapi yang sedihnya, bila suruh orang hantar kedai, xjadi deperti yang aku kehendaki. definitely different. Kecewa betol hati aku bila tengok guest book aku tu. Alasannya, kedai tu xboleh binding coz katanya tebal. Nampak sangat penipu. Bukan tebal sangat pun. Masa aku student dulu siap buat buku tebal lagi, boleh je binding. Anyway, yang dah berlalu biarkan berlalu. Ini antara gambar guest book aku sebelom dan selepas hantar kedai.

SEBELUM




SELEPAS



Segala penat dan usaha aku buat sia2 bila buku aku just sepertu buku report amali sains sekolah. 
Cuba anda semua bayangkan perasaannya. huhuhu...



Monday, 3 December 2012

hellloooo....miss monday! here am i......we meet again.

yeah,,,,it's quite boring living alone in my in-law's house since school holiday started. Pergerakan juga terbatas, semua yang aku suka lakukan terpaksa juga di hadkan sebab nak jaga hati dan pandangan orang. But it's very difficult to just pretend to be somebody else since it's not matching me at all. Also, it getting more irritating when people start to give me an unfair judgement. Just like what i thought............
Today just like always.................boring Monday   but Thank you YA  ALLAH cause you give me one more chance to be here, on YOUR world. 

I'm just curios , is it called "complaining" when i wrote everything down here? everything that i felt in my heart? Sometime people can easily get me wrong when i'm talking. So, i guest it is the best way to spit out all my poisonous things in my heart. Also, to make sure no one will get hurt. 

Ahhhhh........susahnya bila kita terpaksa melakukannya sendirian. Guest what, I just thinking ...........i think i want to run away from here, from  everything and just do it what i thinks it perfectly match me. But it finally just end up by nothing. Am i not brave enough to take any actions? I guests i'm not confidence enough to protect me, my self but just end up being soooooo selfish. 

"oHHHHHHHHHHH....is that true?"
" Am i being so selfish lately ?"
" Yeahhh,,  I guest."

Back to the story, aku cuma tidak suka berada di tempat di mana aku tidak menjadi diri aku dan apa yang aku lakukan hanyalah lari jika aku tak suka, lari jika aku rasa tak betul, lari jika aku rasa tersisih. Aku takut nak berdepan realiti. Bila berada di tempat orang semua kena fikir 2,3 kali bila melakukan sesuatu. Aku rasa semua benda aku akan mintak izin dahulu dan itu buat orang rasa pelik dan bengang juga rasanya. Aku cuma sudah biasa macam tu, nak buat macam mana. Bukan sebarangan tindakan yang aku buat jika melibatkan hak orang lain. Begitu juga aku, cuma bila aku dah bagi green light dari mula, it's ok to not to tell me 1st jika nak guna barang2 aku. 

Ok...thanks to this white plain space to give me sometime  to draw something.

Heyyyyy,,, next Monday, i think i can tell u this : Starting today onward,  I will facing you bravely and i hope i'll be more confidence and stronger. yeah i know we'll know nothing bout what we'll be facing in next next next day but it's not wrong though to be prepared for it because i believe for one thing :


THE MIRACLE MAY HAPPEN for THOSE PEOPLE WHO NEVER GIVE UP TO BE BETTER.


piece of my wish 



di pinjam dari: you tube


  

Friday, 30 November 2012

1 DECEMBER! - the end of the year around the corner.

Tahun baru akan muncul lagi dengan wajah yang berbeza, tapi ada sesetengah perkara akan kekal samaand maybe tak akan berubah. Tidak kira apa yang kita telah lalui untuk masa-masa silam, kite harusmenjadi lebih kuat. it's true when people said that, Tahun berubah, hari berubah, masa berubah, persekitaran berubah, dan orang juga berubah, samada to be better or to be worst.............. it's depends..............Susah nak meramal segalanya. Tapi kita 
boleh merancang segalanya, walaupun bukan 100 percent akan menjadi seperti yang kita rancang, tapi hidup mesti ada perancangan.

Bimbang atas semua perkara yang mungkin berlaku pada depan, perkara biasa, dan ada juga yang menanti khabar gembira. Bergantung pada bagaimana kita menghargai sesuatu perkara dalam hidup kita. 

Thursday, 22 November 2012

Hujan api di Palestin




Lihat di luar sana, lihat di langit, cahaya merah ada lagi,
ke mana mahu membawa kaki berlari lagi?
ke mana mahu membawa diri bersembunyi?

LIHAT!
LIHAT!
LIHAT!
Bebola api merata-rata,
LIHAT!
LIHAT!
LIHAT!
Hujan besi menimpa,

Tiada satu pun yang terlepas darinya,
Tiada apa yang kedengaran lagi,
Hanya tangisan, gemuruh, dan jeritan yang menjadi penyeri,
Tak kira siang dan malam.

LARI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Selamatkan diri,
LARI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Selamatkan diri,

ke mana lagi hendak lari?

YA ALLAH, kami bukan serah diri,
YA ALLAH, kami bukan tidak mengerti,
Tapi YA ALLAH, kami.hanya mengharap redhamu,
Agar perjuangan kami tidak sia-sia di sini,
Di bumi sendiri.



Tuesday, 20 November 2012

Nilai Hantaran


"berapa hantaran kau?" 
" alah,,,,, biasa2 aja macam orang lain juga, ikut nilai sekarang"
" berapa, mahal ke tak?"
 SILENCE..........but with SMILEY FACE 
esok lusa jalan2 terdengar some voices said, 
" murah je hantaran dia, ingatkan mahal"
malu ke hantaran murah?
bile fikir sekali kadang2 rasa malu juga, tapi bila fkir dengan lebih details, buat ape nak malu.
NO REASON to be ashamed of it.
ape sebab orang nak hantaran mahal2 sangat ye?

1. sebab nak buat majlis besar-besaran
2. sebab nak beli bahan-bahan kenduri dah mahal
3. sebab catering, tempahan pelamin, baju, make up, kek & so on dah mahal
4. nak bayar photographer mahal
5. sebab belajar tinggi2 so hantaran kenelah mahal
6. sebab nak menunjuk2 kat orang kampung anak die mahal
7.sebab  lelaki tu anak orang kaya
8. sebab lelaki tu bukan anak orang kaya tapi saje nak pisahkan anak dia
9. sebab  keluarga dia memang kaya
10. sebab harga emas sedang naik, nak beli barang kemas
11. sebab takut orang kampung mengata
12. sebab  macam- macam lagi

p/s : tak kisah lah berapa hantaran korang as long as jangan berhutang sudah

Doa seorang isteri buat suaminya



           
                                                               dipinjam dari: you tube

Sunday, 4 November 2012

Guru saiz s VS Guru saiz L

Guru dan lecturer yang berbadan kecil sukar dihormati?
pemikiran setiap orang memang sukar ditafsirkan, lebih-lebih lagi apabila kita berdepan dengan students yang
lebih besar saiznya, lebih tinggi badannya dan lebih gerun mukanya. sukar ke nak hormat cikgu atau lecturer
yang lebih kecil? yang penting ilmunya, dan pangkatnyakan? bagaimana pula bentuk fizikal menjadi ukuran dalam memberi penghormatan khusus terhadap guru?
Silap pentafsiran sifat dan ilmu pada seseorang, menjadikan seseorang itu hilang kelayakan di mata dunia.
Silap menilai fizikal dan kematangan, menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.
Silap menilai kekuatan, seseorang itu akan hilang keyakinan.
Bagi aku, tidak perlu kelayakan fizikal untuk menggalas tugas pendidik
Tidak perlu kekuatan fizikal (tubuh badan yang besar) untuk mendukung amanah.
Cukuplah mempunyai hati, akal, ilmu dan semangat untuk mendidik.
Kerana guru harus berhati cekal, harus berilmu tinggi dan perlu kesabaran bila mendidik.




Thursday, 4 October 2012

NEW DAY, NEW LIFE, NEW ENVIRONMENT

Hari ni hari dah hampir sebulan aku bekerja sebagai guru. Guru sekolah rendah.
bermacam andaian yang wujud dalam kotak fikiran seorang guru apabila berdepan dengan kerenah murid-murid.
Apatah lagi apabila kita perlu berdepan dengan murid daripada golongan berada. All the things we do sometime 
will be questioned. Guru harus banyak bersabar. Ada diantara  murid yang masih tidak tahu membaca.
Aku cuba tidak membelakangkan yang tertinggal, kerana aku tidak mahu mereka malu, aku tidak mahu mereka
hilang keyakinan suatu hari nanti. Bodoh itu boleh diajar, boleh dipimpin dan boleh dididik. Mana mungkin aku 
ingin ulang kesilapan guru aku dahulu, pilih kasih terhadap murud sendiri. Mengajar kepada siapa yang mereka
suka sahaja dan memberi perhatian kepada murid cantik. Yang lemah dipinggir-pinggir.  

Ya! mungkin aku bodoh, mungkin aku kurang cerdik tapi aku akan terus kuat semangat untuk terus belajar.
Aku tidak akan berputus asa! sama sekali tidak. Sekarang aku cuba letak kan nilai-nilai itu dalam diri pelajar-
pelajar aku. Aku masih mencuba. Pengalaman buat aku jadi takut. Takut untuk mengintai realiti diri sendiri.

Aku masih baru disekolah ini, aku juga masih baru dalam dunia ini (dunia pendidikan). The first time i've been 
here, aku rasa aku memang tidak sesuai menjadi seorang pendidik. Dengan keadaan yang boleh dikatakan serba
kekurangan di sini, kadang2 buat aku rasa rimas. Tapi sekarang aku sudah faham apa itu jiwa pendidik
Apa yang cikgu inginkan adalah untuk kebaikan murid-murid, terasa kasihan jika ada yang masih tidak menguasai.
Adaka mereka boleh berjaya atau terus kekal begini? Dalam doa, aku sentisa mengharapkan semua murid-murid 
aku dilembutkan hati dan permudahkan pembelajaran mereka sebab aku harap sangat mereka berjaya.  


FAIRY-TAIL




MENGELAMUN...........

Masih di dunia fairytail lagi, tapi bukan seperti Cinderella atau snow white tapi di dunia 
imaginasi aku. Dunia akal fikiranku. Walau aku sakit, walau aku pedih, walau aku sedih, aku 
masih boleh ketawa, aku masih boleh senyum. Aku bukanlah apa2. Tapi realitinya aku gembira begini. Terasa ingin kekal begini. Seperti hypnosis, aku tidak mampu, NO! aku tidak mahu keluar dari sini. Terlalu pedih berada diluar sana. Di sini aku bebas memilih, aku bebas dari segalanya. Sambil memejamkan mata, tangan masih berada di pelukan sendiri sambil fikiran membayangkan kehidupan di dunia fairytailku. Aku tak izinkan siapa-siapa masuk kedalam! Kau orang hanya pengacau, penyibuk! Biarkan aku di sini sorang-sorang. Walaupun Cinderella dan snow white mempunyai puteranya sendiri, namun aku bukanlah seperti itu. Aku hanya inginkan kebahagiaan aku sendiri, kebahagiaan yang aku pilih sendiri, kegembiraan yang aku cipta sendiri.   

Sunday, 2 September 2012

our love-tentang wedding saya


Akhirnya semuanya selesai walaupun macam2 hal yang berlaku last2 minute tu. Baju yang aku tempah ikut package yang ditawarkan xsame langsung macam yang aku nak. Lain yang aku suruh design lain yang dia buat. Malam sebelum majlis tu jugak akak aku, aku dan member aku sedaya upaya ''repair" mane yang patut. Dahlah esok pagi akad nikah, jurugambar pulak xdatang. Katanya dia terlupa tarikh, salah tengok tarikh. 
Boleh ke macam tu? So, dia call member dia soh cover, tapi hanya sempat majlis bersanding aje, akad nikah langsung xcover dan gambar hantaran pun xsempat nak tangkap semua.

Bila kita tolong orang melayu berniaga, buat xbersungguh, bila kita ambil orang bukan melayu kata xnak tlg bangsa sendiri. Of course lah kita nak tolong bangsa sendiri kan, tapi diri sendiri juga mestilah tlg diri sendiri. Mujur budak yang dtg cover tu cantik die tangkap gambar. gambar kat atas tu dia y amek. Alhamdulillah....

Berkahwin ni sangat letih....yelah ,,,kite ni bukan anak datuk, bukan artis, bukan anak kerabat , semua oranglain yang uruskan....habes je majlis, tukar baju semua, apa lagi pegi belakanglah tonyoh periuk dengan belanga hitam. Macam nak tercabut pinggang dengan tangan. Sapelah yang pandai2 cipta adat macam ni agaknya ye? Xpatut langsung. Ish ish.......memang xpatut xpatut.


Tapi macam manapun aku tetap bersyukur coz semuanya sudah selesai dengan selamat. Aku cuma berharap setiap detik dalam hidup aku dan dia selepas ini lebih diberkati ALLAH. Itu yang lebih penting, hidup yang penuh barakah, hidup yang diredhai Ilahi. Insyaallah.....

Wednesday, 15 August 2012

teacher ann

cukup minggu ni cukup 2 minggu aku bekerja sebagai tenaga pengajar kecil kecilan dan juga sebagai pengasuh budak 2 dan 3 tahun di sebuah taska. Memang penat tapi aku suka. Suara pon dah bertukar jadi garau macam ape ntah. Asyik batuk je dan sakit tekak dek bercakap xberhenti suruh kanak2 diam. Tapi diorang semua dah cerdik padai. Masa mula2 masuk dulu aku pulak y mcm lost xtau nak buat ape. Kelakar betol bila kanak2 tu yang tegur aku. HAHAHA....

"teacher2, teacher ni name ape?" 

aku rase macam malu2 kucing plak mase tu..hehehe..kelakar. dah lame nak orang panggil dengan name cikgu.
bila time mandi, pakai baju dengan makan, aku kagum sebab semua kanak2 boleh melakukannya sendiri. Aku dah risau macam mane nak recognize baju diorang ni, aku memang xtahu. Tapi nasib diorang dapat cam baju dorang sendiri, senang, cume pakai kan pampers sahaja. Bila dah didik dari kecik, senang. Orang kate ape, kene lah lenturkan buluh dari rebungnya.

Tipulah kalau aku kate xade anak manja kat sini kan. mostly memang anak manjapon tapi diorang xade choice melainkan buat sendiri. Memang dah diajar utk melakukan sendiri perkara2 y penting sendiri.   

Saturday, 28 July 2012

SO MANY EXCUSES

Aku x mahu ke tempat itu lagi
Tempat yang banyak kenangan, terlalu banyak!
Dulu sudah lama aku mahu lari dari sana
Aku takut, adakah sekarang aku terlalu pentingkan diri?
Bila nak tenangkan hati, aku tengok langit biru,
Aku lihat awan putih, aku dengar muzik merdu
Tapi hati juga selalu mengeluh, susah!
Kerana hati tak sehaluan dengan fikiran
Aku selalu buntu. Aku ingin jadi kuat dan tidak pentingkan diri
Tapi selalu juga kalah. Aku nak semua orang happy
THAT'S ALL! 
Tapi aku juga ingin bahagia.
Sebenarnya tempat itu banyak berjasa pada aku,
Banyak juga sakitkan aku, disini dalam hati
Susah nak sembuh!
Kerana itu, aku sekarang adalah siapa aku dahulu.
Penghinaan aku dahulu adalah kebencian aku sekarang
Kelembutan aku dahulu adalah kesopanan aku sakarang
Kelemahan aku dahulu adalah ketakutan aku sekarang
Kebaikan aku dahulu adalah kejahatan aku sekarang
Keikhlasan aku dahulu adalah keegoan aku sekarang
Jadi, aku banyak berfikir sebelum bertindak
Kerana itu yang membuatkan aku jadi penakut
Walau salah, walau betul kadang2 aku juga berdiam
Xnak nanti jiwa orang terusik, hati jadi sakit
Kerana luka hati lambat sembuh.
Xnak jadi macam aku.

Sunday, 22 July 2012

guest book ideas


Mase tunggu masa berbuka petang tadi (1st day fasting) sempat aku siapkan guest book aku ni sekejap. Walaupun x siap sepenuhnya lagi, at least satu perkara dah selesai dah setakat ni. Hari rabu ni baru nak keluar dan pergi binding dan barulah boleh hias selebihnya pulak nanti macam mana. Guestbook sekarang nikan dah porpular kat majlis2 kahwen, orang kata nak wat sebagai kenangan kepada pengantin dari sahabat2. Macam2 bentuk, rupa, jenis dan cara adaptasikan guestbook ni, tapi aku suka buat sendiri saja. Kebetulan ada kertas lebih semasa kelas food styling dulu, aku gunakan. Jangan membazir, xbaik....

Antara contoh2 guestbook : 

Photo from: thepansyprincess blogspot
photo from: diyweddingsupplies
Photo from:  marthastewartweddings
photo from:.marthastewartweddings
Photo from: polkadotbride
Photo from: boards weddingbee
Photo from:  alternative-wedding-guest-book-ideas
Ada juga jenis yang print jap ibu jari pada canvas. Yang macam ni juga cantik. Nak cap pada gambar macam mana suka hati korang. Korang pilihlah sendiri gambar, korang lukis sendiri ataupun upah orang lain buatkan. Bila member datang then diorang just leave their thumb print on canvas. Some may use water colors, blusher, or eye shadows. Tapi dia ada warna khas juga digunakan untuk hasilkan hasil yang cantik.

Here they are
Photo from:  trebellaevents
Photo from:  weddingbycolor


Photo from : prettybrasstacks

Photo from : kendallcrow.wordpress


Photo from : www.teardropweddings
Photo from : groomsoldseparately

Photo from : www.etsy.com

Kalau nak nampak lebih classic dan elegant boleh guna camera polaroid. Just letak buku album atau apa saja untuk guest letak kan gambar mereka y ditangkap bersama dengan ucapan. Ini kalau mampu, sebab filem dia agak mahal dan hanya ada 10 keping sahaja. So, kene planning betul2 untuk berapa orang tetamu y hadir yang perlu tinggal kan pesanan gambar untuk korang. Filemnya kalau polaroid sedang biasa tu RM 28 or above sekotak. Ada juga yang mengunakan mesin taip klasik. Nampak sangat cantik but terserah pada budget korang macam mana.

Ini antara contoh2nya
Photo from : boards.weddingbee

Photo from : helloloveblog


 Photo from : weddingthingz







Thursday, 19 July 2012

*DARI LENSA DIGITALKU* - Flora

Sambil2 tengok gambar, sambil dengar music damai ni.

dipinjam dari: you tube
Gambar2 ni aku tangkap lepas pada aku siap mengecat tingkap rumah. Aduhai......sakitnya pinggang aku berdiri lama atas kerusi. Almaklumlah...xberapa nak cukup inci. Pagi tu hari sangat indah, langit pon biru aja, angin pun agak kuat walaupun mentari terik tapi best. So, aku decided to get some good shot of flowers and sky. Aku pon ameklah camera digital canon aku yang xberapa nak canggih macam DSLR tu, dan  aku tangkap gambar bunga2 y ada dikawasan rumah aku dan jiran aku. Tapi xapelah camera biasapon tapi tetap cantik sebab apa yang ALLAH jadikan semuanya cantik. 
langit yang sangat biru. Sangat menenangkan

Mak aku kata, daun pokok ni orang buat ubat cancer, pokok ape ntah nama dia, aku lupa. tapi pokok dia banyak duri.

Lagi gambar bunga ni, sebab dia cantik, aku tangkap lebih.
Add caption

dan lagi, hehehe


Ini bunga tahi ayam. Akupun xsure kenapa orang panggil bunga tahi ayam, punyalah cantik bunga ni kan? Korang tengok ada rupa tahi ayam ke?


Another 'tahi ayam'


See! sangat terik kan mentari? Tapi sangat damai dikampung


Pokok bunga ni sangat cantik kalau bunga dia penuh


Bunga ni macam2 kaler ada tapi kat rumah aku ada kaler ni aje


Bunga jejarum.  Masa kecik2 dulu suka isap madu dia lepas tu sambung buat gelang dengan rantai.
 Hehe, setuju x? siapa pernah buat macam aku?


Bunga semalu yang sangat pemalu. Dulu ada orang bagitau kat aku, siapa yang boleh amik daun dia tapa terkatup, dia akan berkahwin dengan anak raja. Siapa pernah dengar?


Pokok bunga ni naik liar kat tepi2 dinding rumah aku. Sihat pulak tu


Bunga raya bunga kebangsaanku!


Cantik kan bunga raya


Bunga raya merah yang berlatarbelangkan langit biru


PEACE VS BLUE


Warna yang sangat attractive


Walaupun kecil bunganya, warnanya tetap cantik bila kena cahaya


Kaler oren


Bunga putih yang kecil tapi harum, kadang2 sampai dalam rumah bau. Paling best bila bukak pintu
pagi2 akan terhidu bau dia. Pokok dia kalau buat bonsaipun cantik juga.


Pink hibiscus


Bunga raya yang masih kuncup


Nama buah ni peria katak. Korang tengok macam rupa katak x?


Ini bunga peria katak tadi


Aku xtahu bunga ni apa name dia, tapi rupa macam bunga raya je, cume kecik dan binatang tu banyak lepak2 kat pokok ni


Bunga ni nampak macam payung


Macam kertas yang digantung pun ye jugak kan?


Buah ceri yang masih putik tapi sangat manis bila sudah masak. Siapa suka makan buah ni?


Bunga ceri


Bunga yang sama seperti bunga peace kat atas tadi mungkin dari spesies yang sama


Nice white pink


Pokok bunga lalang. Tapi masa zaman kanak2 dulu suka kumpul buat main masak2. Cabut bunga yang putih tu, lepas tu kumpul tiup. hehe

Pokok daun rama2 sebab bentuk dia macam rama2.


Lagi pokok daun  rama2


salah satu keluarga berries


Buah yang masak rasanya masam manis


Indahnya purple


Kecik je bunga dia. Pokok naik macam menjalar dalam pasu


Bunga dia cantik. Banyak tumbuh kat belakang rumah jiran aku


Siapa yang tahu nama bunga ni?


Bunga orkid yang comel molek


Bunga pokok puding yang masih belom kembang lagi


Pokok bunga kertas. Bunga dia pon macam2 kaler ade. Ade kaler oren, peace, putih, pink dan merah. Orang selalu kacuk2 kan pokok dia sebab nak bunga cantik. Nanti dah kacuk akan keluar bunga 2 kaler.