Friday, 23 December 2011

fruits carving

Aku dh lama dah x carving, dah lame x tunjuk bakat apatah lagi mengasah bakat pisau pun dah berkarat tak berasah. Dulu masa diploma dulu rajinlah nak mengcarving buah dan buat untuk tempahan. Sekarang langsung xada lepas je masuk degree. ooppsss,,,ada2 tapi tupun time masa mula mak dulu je sekali buat untuk hiasan meja. Masa mula2 buat memang susah gila kot nak dapat bentuk bunga tu bukan main susah lagi bagi orang yang x berapa nak expert macam aku ni. Patah kelopak lah, tangan luka2 lah, macam lagilah. Satu buah nak carving dekat 2 jam tapi rupanya xeberapa pon. Minat punya pasal aku gagahkan jugak lah tambahan pulak dapat sokongan member2. walaupun x cantik masih ingin berusaha. Lagipun xpuas hati beb kalau buat xbersungguh2. kat sini aku sertakan beberapa keping gambar fruits carving yang aku buat untuk diletakkan di meja pengantin.

honey dew 

watermelon  

bila carving honey dew, yang susahnya adalah color .
warna putih  cerah yang buatkan aku sakit mata dok tenung
dengan penuh ketelitian hati2 bila membuat ukiran.
silap carving xapa lagi at least boleh cover lagi.
Tapi bila terover carving putus habis x cantik jadinya.
Nilah disadvantage bila carvig tembikai susu.
Tang kelopak awal2 tu memang aku xpandai buat
nampak macam pelik tergantung kan? tulah berguru x habis.


Buah tembikai ni nampak cantik carving bila warna dia pon
 cantin dan warna merah dia menyerlah.
Agak mudah  untuk dicarving bila dibandingkan dengan honey dew
 tadi tapi senang juga nak putus bila x berhati2.


papaya

betik ni pon cantik bila dapat betik yang warna dia cantik macam ni.
barulah menyerlah warna dia. Boleh juga  carving buang kulit dia
tapi aku lebih suka kaler kontra hijau dan oren buah betik ni.
Betik pon ada banyak cara nak carving dan
lebih senang sebab texture isi dia licin so,
bila sila sikit dia x tinggal kan kesan menggerutu
macam tembikai nampak berair dan lebam.


Gembira bila berjaya buat dengan cantik walaupun xadalah cantik sangat kan. Tapi dapat tengok hasil yang diusahakan memang puas hati rasanya. Ada jugak gambar yang fruit carving aku buat x cantik a.k.a tak berapa nak jadi. Biasalah kita budak baru belajar...........korang tengolah nak komen boleh komen dan bagi cadangan tapi tak perlu kutuk2 ye.

ni gambar masa mula2 belajar carving dalam kelas artistry.
Aku xtahu nak buat macam mana bagi cantik sebab masa
aku tengah carving buah ni, lecturer tengok je, aku KETAQlah weh bila orang tengok je. dahhhh tak jadi. Time ni jugaklah aku dapat title Parkinson. Ish2 sungguh tragis.


Yang masa yang sama juga percubaan untuk membuat
bunga hanya pada isi tembikai  yang dibelah .
Agak comot dan x smooth.
bila tengok kat celah2 kelopak tu aku terpotong
agak dalam dan menjadi serabut.


see.. nampak comot dan xkemas kan?


nampak buruk gila kan? ini juga waktu kelas artistry.
Sangat x bernasib  dapat buah betik muda plus
xberapa pandai nak carving, lagilah
nampak buah tu buruk gila.


Gambar last ni adalah masa memang pertama kali
carving buah tembikai. Ni aku cuba2 masa aku
praktikal. buruk jugak kan?

orang kata kita kata mereka juga kata

bila orang kata buat baik biarlah berpada2 nanti orang pijak kepala
kita kata, tak apalah........
mereka kata BODOH! buat apa nak buat baik kalau macam tu buang masa.
bila orang kata tak apalah orang buat jahat dengan kita, kita kena bersabar
kita kata itu hukum karma.......
mereka kata, GILA! orang hilang akal sahaja boleh tahan, kenapa tak balas ja balik?
bila orang kata jangan suka jaga tepi kain orang belum tentu tepi kain sendiri terjahit elok
kita kata suka hati kitalah......
mereka kata, TENGOKlah! macam nilah orang zaman sekarang ke hulu hilir bersama.
bila orang kata jangan mengharap bulan jatuh ke riba takut nanti kita melara
kita kata kita tanya kenapa......
mereka kata, BERANGAN je lebih usahanya tak nak.
bila orang kata enggang sama enggag pipit sama pipit mesti tahu di mana kita berdiri
kita kata dunia sekarang dah tak kisah......
mereka kata HUH! tak sedar diri, nak tumpang harta orang lah tu.
bila orang kata lumrah dunialah kadang2 kita dibawah kadang2 di atas
kita kata kita tanya dunia berputar tapi adil kah?
mereka kata, PADAN MUKA dengan dia baru tahu langit tinggi rendah

Saturday, 10 December 2011

SimpLE

simple minded
simple dressed
simple worded

kisah satu malam bila bulan gerhana


harini satu dunia tahu akan ada gerhana bulan penuh
aku xsabar dah nak tunggu pukul 7.3o nak turun nak tengok bulan gerhana
tapi aku tak adalah nak turun pukul 7.3o tu jugak, solat dulu lah beb
tunaikan dulu tanggungjawab dengan TUHAN.
dahlah kite ni nak pergi tengok kebesaran TUHAN,
sekurang-kurangnya perlu ada malu......
aku dan 5 orang housemates turun menungu bulan muncul dengan tutupan hitam
KECEWA......
bulan xtimbul2, malu agaknya 
tapi xlepas peluang bergambar sakan dekat playground bawah
gaya2 filem horror pon terpancar disetiap genap environment dekat bawah ni
kami naik dan mengharap lagi boleh tengok
aku dan yamato xputus asa, kami turun lagi dan lihat dilangit
walaupun sebenarnya hasrat asal nak beli susu cair untuk dibuat nasi tomato malam ni
malam2 makan nasi tomato...
agak horror bagi kaum perempuan bila makan di tengah2 malam.
bila kami tiba saja dibawah, hati sudah berbunga2 bila nampak bayang2 bulan dibalik awan
bulan SABIT, cantik....dan sekarang pukul 11.30 the moon completely change into eclipse
sangat CANTIK!
ada juga 2 ekor kucing dibawah main kejar2
bila aku panggil, dua2 berlari datang pada aku nak mintak makan
kesian pulak aku tengok dan mintak yamato tunggu sekejap 
aku nak pergi beli makanan kat kucing tu.
aku belikan chicken floss bun dengan susu kotak dutch lady kat kucing tu.
dia makan dengan gaya seperti tidak makan selama seminggu.
harap2 esok lusa ada orang yang akan beri makan kepada kamu lagi kucing.


# apa salah kita bersedekah walaupun pada binatang dan
   jangan pandang rendah pada pahala sedekah.rugi..........







Thursday, 8 December 2011

couple PELIK faham

dulu aku pelik
kenapa orang bercouple?
menyusahkan saja
mana-mana nak pergi nak kene bagi tahu
nak kena berkepit
bila aku tengok member2 aku
diorang leka, lupa member
satu hari aku cuba,,,,,aku juga berkawan dan bercouple dengan dia
tapi aku xsuka
hanya dia yang beria-ria
kami berutus surat
dulu2 mana ada handphone lagi apatah lagi facebook dan segala
surat tu dah kira ok lah..
sapa2 yang ada handphone masa tu dikira hebatlah
mat2 jambu dan minah2 pink bukan main lagi
handphone letak dalam poket, bila ada spot check 
mulalah menggelabah cari tempat nak campak henset
hubungan kami xadalah hebat mana, xsampai ke mana pon
2 bulan dah putus tapi sempat lah bertukar2 hadiah..hehehehe
namun kerana hubungan ini aku belajar sesuatu
kebanyakan member2 lebih pentingkan pakwe2 berbanding kawan2
dan kebanyakan pakwe2 mempermainkan makwe2
juga makwe2 hilang kawan kerana pakwe2
sekarang aku juga berpunya
aku punya dia, dia punya aku
bila bercinta bukan bererti harus bersama sentiasa
aku suka begini!

JAUH
RINDU
SELAMAT

mungkin orang kata kami kolot
tapi aku suka!
DOSA juga jauh.............
sekarang aku faham kenapa orang bercouple
tapi bukan cara mereka tapi cara aku
cara mereka?
aku masih lagi xfaham




DraMa HiDup

tidak pula mata menangis oleh peristiwa sedih itu
namun hati masih sebak walau hingga saat ini
tidaklah mudah orang memahami
gambaran wajah tidak sejujur rasa
perit rasa, pedih jiwa
SeDIH
apa yang mereka tahu?
apa yang mereka faham?
apa yang mereka rasa?
biar susah dugaan itu
aku ingin kuat
sungguh aku ingin buang memori itu
kisah sedih bertukar ganti
namun penghujungnya masih gelap
tak tahu dimana titik noktah
andai aku dapat melihat walau sedikit titik itu
ingin aku percepatkan masa
membuang kesengsaraan Dia
aku lihat kesedihan tersirat itu
sungguh perit terasa
bila jawapan yang dicari buntu
bila kesungguhan bagai dicarik-carik
seperti kain yang usang
tertanya-tanya hati mengapa Dia harus pergi dulu.....


dipinjam dari: you tube

Tuesday, 6 December 2011

takbur

sungguh takbur manusia itu
nilai yang sebegitu sedikit dipandang remeh
sungguh hina perbuatanmu 
menilai orang lain dengan angkuhnya
adakah dirimu cukup suci 
membiarkan saja mulut berkata-kata
membiarkan saja hati mereka-reka cerita
membuka fitnah merata-rata
sungguh takbur manusia itu
nilai yang baik dipandang buruk
sungguh tamak tampak gaya
menukar paksi nafsu sesuka hati
meminta-minta sekalung puji
membiar caci bicara melingkari titi-titi bibir
dimana hati yang suci itu pergi
sering saja melontar-lontar bibit keji
membiar hati kecil berasa iri
nota pedih nota sakit sudah lama terkubur
walau gaya ego berdiri teguh
sungguh takbur manusia itu
nilai persahabatan dipandang hina
cukup kecil hati budimu
membuka aib dimana-mana
walau tali ukhuwah dicaci-caci
ingin membolot sendiri
kepercayan yang dibeli

dipinjam dari : you tube

damai hati

mudah bertutur bicara di bibir sinis
menutur tiap kata tanpa berfikir
otak, akal, hati, perasaan terzahir sendiri
diwajah kini kian hilang keserian
lesu, letih, pantas membaham usia.....
tidaklah terfikir akan diri sendiri jua
dimanakah telah kuhabiskan usia ini
pandangan teralih, terasing 
haba panas memeluk tubuh
damai terasa di pipi disapa angin
mata terpejam telinga mendengar
sayup alunan itu bergema dihujung telinga
pandangan tadi kuarah ke langit
MERDU........
pantas maklumat diproses di kotak fikiran
gemersik daun berganti 
masalah yang berat membelengu kotak fikiran
perlahan-lahan lenyap
damai yang telah lama hilang
sikit-sikit terbang balik
hati yang penuh bersabar
dimana harus dihamburkan semua kata?
BINGUNG
dipinjam dari: you tube

Monday, 5 December 2011

MaRi bErDaKwaH

              All the pictures are taken from doodle dakwah's facebook....


sesungguhnya orang yang riak itu telah menjauhkan dirinya daripada ALLAH
maka, mohonlah keampunnan dan pertolongan dariNYA.

kita muda hanya sekali so, hargailah umur kita dengan melakukan perkara2 yang baik
janganlah kamu sia2 kan usiamu dengan hal2 yang lagha.

252- Abu Umamah r.a. meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda : baangsiapa yang bangun mengerjakan wudhu’nya, dengan niat untuk mengerjakan shalat kemudian membersihkan tangan-tangannya, maka dosa kedua belah tangannya berguguran dengan jatuhnya air yang pertama. Kemudian apabila ia berkumur-kumur, dan memasukkan air kedalam hidungnya dan menghembuskanya; maka dosa-dosa lidah bibir berguguran bersama dengan jatuhnya air. Apabila ia membasuh mukanya maka dosa pendengarannya dan penglihatannya berguguran bersama dengan jatuhnya air. Apabila ia membersihkan kedua lengannya samapai ke siku dan ke dua kakinya sampai ke kedua mata kaki; maka ia menjadi bebas dari segala dosa sebagaimana keadaannya pada hari ibunya melahirkannya. Baginda berkata : apabila ia berdiri shalat, Allah menaikkan kedudukannya dan jikalau ia duduk ( walaupun tanpa berdiri untuk shalat ) maka duduknya membebaskan ia dari dosa-dosa ! ( Musnad Ahmad )



Dan sesungguhnya zakat itu banyak kelebihannya.
Janganlah engkau letakan dirimu dilembah kehinaan dan jauh
dari rahmat TUHAN.

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH





Dimana kita lebih banyak habiskan duit kita?
renung2kanlah...








Tadahlah tanganmu dan mohonlah doa daripada TUHAN kamu
ketika kamu hilang upaya dan yakinlah dengan setiap
apa yang DIA telah rancangkan buat kamu.