Saturday 10 December 2022


PERIT !

Lama aku menghilang dari dunia blog ini. Biasalah laptop dah rosak. Puas juga nak ingat password dan email. Setelah bertahun berlalu, pelbagai perkara terjadi dalam kehidupan sederhana aku. Terlalu banyak. 

Bermula dengan kehidupan rumah tangga aku, kehidupan persahabatan aku dan kehidupan peribadi aku. Perubahan berlaku dalam sekelip mata sahaja. Jadi, bersyukurlah pada setiap perkara yang sudah Allah tentukan. Nescaya kita akan sentiasa tenang dan gembira jalani kehidupan.

Namun, sebagai manusia biasa, tidaklah kita boleh lari dari terluka dan terasa hati dek kerana bebanan yang ditanggung. Aku tidak terkecuali merasa bebanan tersebut.

Sungguh luar biasa perasaan itu ! Perasaan yang membuatkan aku berputus asa dengan kehidupan aku, perasaan yang membuatkan aku mahu terus berlari dan hilang dari dunia ini dan perasaan membuatkan aku ingin terus lupa tentang segalanya. Sungguh perit !



Friday 30 January 2015

pemberian tidak harus diungkit

manusia hidup kadang2 suka mengungkit, kadang kadang suka menghimpit,
jika bukan kerana mereka memberi sudah lama aku tinggalkan semuanya,
aku tidak mahu mengungkit , kadang2 akan terungkit juga kerana mereka menghimpit aku untuk mengungkit.

AAAhhhhhhhhh!!!!!

serabutnya hidup terhimpit2 dengan kata2 sarcastic mereka,
bukannya aku tak faham, saja aja buat2 tidak faham,
mereka sudah memberi, aku pula merasakan aja,
sungguh melancholic hidup seperti ini, tahu saja hati di sakiti tetapi
masih lagi berpura2 tidak ada apa yang berlaku.
masih lagi tertawa riang dan bermanja2.

puiiihhhhhh!!!!!

geli pula aku bila memikirkannya. ini bukannya noktah, aku masih berpeluang.
itu kata hati aku , tapi mulut aku kata lain dan fikiranku mengatakan yang lain.

DASYATNYA!

ikutkan hati marah, semua mahu diungkit2, walhal masing2 sudah saling melengkapi.
masih mahu cari salah yang sebesar kuman. sampai bilapun akan terus terungkit.

HAiiiSSSHHHHHhhhhh.... DUNIA.

PENDOSA

dunia penuh dengan pendosa,
tiada tempat selamat muslihat,
manusia pendosa bergaya,
duit, harta benda berdaulat,
siapa2 di dunia juga pendosa,
beza hanya pada matlamat,
kau, aku, dia pendosa di dunia,
beza kita hanya TAUBAT!


dipinjam dari :  you tube

Sunday 11 January 2015

TAHUN BARU 2015

Setelah sekian lama aku menyepi daripada blog, tahun ni aku sambung kembali menulis. Semoga tahun baru membawa pergi segala permasalahan dan tohmahan yang melanda. Semoga tahun baru membawa erti yang besar dalam memperjuang agama Islam. Tiada apa yang hendak dicoret tatkala ini. Selamat menghadapi perjuangan dan persekitaran baharu . NOKTAH!


Wednesday 7 May 2014

maruah yang seperti dibeli

manusia sangka maruah perkara yang boleh dibeli seperti pakaian pakai buang
walaupun maruah sendiri tercela dianggap tiada apa yang kurang
dicela, dicaci maruah orang tanpa sedikit rasa bersalah dan maruah sendiri dijulang-julang
kehidupan bagaimanakah yang sedang dipandang oleh orang??????????????

aku terkadang berbicara sendiri , golongan bagaimanakah yang sedang aku contohi?
bukan yang itu, dan bukan juga yang ini
sedang perasaan dan maruah sendiri sering di caci dan dikeji
sanggupkah aku juga berbuat sebegini kepada si pengkeji dan pencaci?

sungguh aku masih boleh bertahan dengan sebarang tomahan
sungguh aku masih boleh menerima  sebarang tuduhan
sungguh aku masih boleh mananggung segala bebanan
namun aku masih manusia yang tidak boleh lari dari melakukan kesalahan

hanya hati yang menangis, kerana mata sudah letih mengalirkan air jernih
hanya hati yang tertanggung pedih, kerana seluruh tubuh sudah penat menagih simpati
kerana pendirian manusia manusia sangat mudah ditoreh-toreh
kerana  kepercayaan manusia mudah dibeli

dua mata, dua telinga yang ada bukanlah sebagai bahan bukti
dua mata, dua telinga yang ada bukanlah sebagai alat sebar fitnah yang dinanti
kerana dua mata, dua telinga yang ada mudah ditipu oleh naluri
kerana dua mata, dua telinga yang ada mudah dikaburkan tanpa bukti


Friday 14 March 2014

takut

aku rasa lebih takut berada di Malaysia..kerana umat islamnya berpecah belah dan tidak berpegang teguh kepada ajaran islam dan mula mencari keburukan sesama sendiri untuk kepentingan peribadi bukan untuk memperjuang islam sejati. 

aku rasa lebih takut tinggal di malaysia...kerana di malaysia, agama islam adalah agama rasmi tetapi umat islamnya seperti tidak percaya pada nabi, seperti tidak percaya pada kitab suci dan melempar fitnah sesama sendiri.

aku rasa lebih takut hidup di malaysia...kerana malaysia adalah negara islam dan pemimpinnya adalah islam, rakyatnya juga kebanyakkannya adalah islam tetapi sewenangnya musuh islam menceroboh negara dan sewenangnya kita menerimanya.

di mana pegangan agama suci?
di mana pegangan keoercayaan diri?
di mana pegangan kitab suci?


fitnah , caci mencaci, memburukan sesama sendiri.....
dendam peribadi , rakyat dikhianati , politik demi kepentingan diri...
agama suci dicaci dan musuh dibiar sesuka hati di sini....
di negara islam kita, di malaysia...................