Hari ni hari dah hampir sebulan aku bekerja sebagai guru. Guru sekolah rendah.
bermacam andaian yang wujud dalam kotak fikiran seorang guru apabila berdepan dengan kerenah murid-murid.
Apatah lagi apabila kita perlu berdepan dengan murid daripada golongan berada. All the things we do sometime
will be questioned. Guru harus banyak bersabar. Ada diantara murid yang masih tidak tahu membaca.
Aku cuba tidak membelakangkan yang tertinggal, kerana aku tidak mahu mereka malu, aku tidak mahu mereka
hilang keyakinan suatu hari nanti. Bodoh itu boleh diajar, boleh dipimpin dan boleh dididik. Mana mungkin aku
ingin ulang kesilapan guru aku dahulu, pilih kasih terhadap murud sendiri. Mengajar kepada siapa yang mereka
suka sahaja dan memberi perhatian kepada murid cantik. Yang lemah dipinggir-pinggir.
Ya! mungkin aku bodoh, mungkin aku kurang cerdik tapi aku akan terus kuat semangat untuk terus belajar.
Aku tidak akan berputus asa! sama sekali tidak. Sekarang aku cuba letak kan nilai-nilai itu dalam diri pelajar-
pelajar aku. Aku masih mencuba. Pengalaman buat aku jadi takut. Takut untuk mengintai realiti diri sendiri.
Aku masih baru disekolah ini, aku juga masih baru dalam dunia ini (dunia pendidikan). The first time i've been
here, aku rasa aku memang tidak sesuai menjadi seorang pendidik. Dengan keadaan yang boleh dikatakan serba
kekurangan di sini, kadang2 buat aku rasa rimas. Tapi sekarang aku sudah faham apa itu jiwa pendidik.
Apa yang cikgu inginkan adalah untuk kebaikan murid-murid, terasa kasihan jika ada yang masih tidak menguasai.
Adaka mereka boleh berjaya atau terus kekal begini? Dalam doa, aku sentisa mengharapkan semua murid-murid
aku dilembutkan hati dan permudahkan pembelajaran mereka sebab aku harap sangat mereka berjaya.