Akhirnya semuanya selesai walaupun macam2 hal yang berlaku last2 minute tu. Baju yang aku tempah ikut package yang ditawarkan xsame langsung macam yang aku nak. Lain yang aku suruh design lain yang dia buat. Malam sebelum majlis tu jugak akak aku, aku dan member aku sedaya upaya ''repair" mane yang patut. Dahlah esok pagi akad nikah, jurugambar pulak xdatang. Katanya dia terlupa tarikh, salah tengok tarikh.
Boleh ke macam tu? So, dia call member dia soh cover, tapi hanya sempat majlis bersanding aje, akad nikah langsung xcover dan gambar hantaran pun xsempat nak tangkap semua.
Bila kita tolong orang melayu berniaga, buat xbersungguh, bila kita ambil orang bukan melayu kata xnak tlg bangsa sendiri. Of course lah kita nak tolong bangsa sendiri kan, tapi diri sendiri juga mestilah tlg diri sendiri. Mujur budak yang dtg cover tu cantik die tangkap gambar. gambar kat atas tu dia y amek. Alhamdulillah....
Berkahwin ni sangat letih....yelah ,,,kite ni bukan anak datuk, bukan artis, bukan anak kerabat , semua oranglain yang uruskan....habes je majlis, tukar baju semua, apa lagi pegi belakanglah tonyoh periuk dengan belanga hitam. Macam nak tercabut pinggang dengan tangan. Sapelah yang pandai2 cipta adat macam ni agaknya ye? Xpatut langsung. Ish ish.......memang xpatut xpatut.
Tapi macam manapun aku tetap bersyukur coz semuanya sudah selesai dengan selamat. Aku cuma berharap setiap detik dalam hidup aku dan dia selepas ini lebih diberkati ALLAH. Itu yang lebih penting, hidup yang penuh barakah, hidup yang diredhai Ilahi. Insyaallah.....