Wednesday, 18 January 2012

pelangi2 bila nak tunjuk wajah?

awan putih itu telah berarak
menutup seluruh warna biru langit
gelap seketika
titik2 kecil mula luruh


kemudian bertukar saiznya
mana tempat nak berteduh?
ahhhh....di sana
dibawah pohn rendang itu


lihat dilangit!
ada jalur warna warni
istimewanya jalur itu, bila nak lihat
kene tunggu hujan turun dulu


pelik kan caturan alam?
mula2 kita didatangi sesuatu 
yang menghampakan
dan kemudian diganti dengan
sesuatu yang lebih berharga.

Sunday, 15 January 2012

Kisah rama2 dan pemungut ubi kentang #1

Eh, kepompong semalam dah bertukar jadi rama2 cantiklah.
Aku nak tengok boleh?
Ahhh....engkau sape nak tengok?
Alah.....bolehla.Bolelah.
Ehhh....engkau lupa ke asal engkau?
Engkau x layak lah nak tatap sesuatu yang cantik
Walau rama2 sekalipun.

Jahatnya hati kau manusia.
Senang saja menilai orang dari paras rupa.
Keturunan aku, asal aku jangan di hina2.
Apa? hati kau sudah cukup cantik seperti rama2 itu kah?

Lihat kawan2, muka xtahu malu
Orang dah halau pun masih berdegil
Aku cuma mahu lihat rama2 itu
Janganlah halau aku, lepas ni aku pergilah. 

AKU JANJI!

Ada sesuatu pada pandangan itu.
Sayu sahaja, sugul sekali 
berusaha meminta simpati untuk melihat rama2 itu.
Ada senyuman di titi bibir terukir
Indah. Ikhlas sekali senyuman itu.
Sambil berlalu pergi.

Terima kasih kerana izinkan aku melihat.
Jasa kau pasti dibalas kelak.
Laaa...kenapa kau bagi dia tengok?
Nanti cacat pula rama2 itu.
Entahlah....aku cuma xtahu apa yang aku buat.
Tiba2 aku rasa seperti selesa dan.....
xtahu apa nak buat saja.

Cuma berbisik didalam hati
Tak kan nak menyuarakan depan kawan2 aku pulak
Matiah aku kene gelak.
Tapi apa y aku rasa itu betol.
Sumpah! aku x tipu.


p/s: to be continue.......




Saturday, 14 January 2012

paranoid

Manusia paranoid?
Atau terlalu berhati2 tentang sesuatu?
Bila bagi aku perasaan ni
Ahhhh......memang x senang duduk
Semua wajah yang aku pandang 
buat aku sakit saja. Sakit disini.
Otak dan hati.
Aku cuma nak berhati2
Bukan membenci.
Bila nak buang jauh2?
Sungguh, memang x selamat
Tapi paranoid buat kita takut bergaul
Kadang2 boleh hilang hormat
Ohhhhhhh......
Muslihat hati.....................

Friday, 13 January 2012

GTA mungkin?

Great Teacher Onizuka. Aku pasti ramai orang tahu cerita ni. Kisah seorang cikgu yang bodoh, main2, gila2, pervert tapi sangat ambil berat pasal students dia. Aku bercerita tentang GTO-anime bukan drama. 


Aku terpengaruh, aku juga terfikir begitu. Susah mahu jadi seorang cikgu y ambil berat semua muridnya dengan adil. Memang ada murid begitu juga memang ada cikgu begitu.


Cikgu yang ada sumpah2 anak murid juga wujud. Aku pernah lalui. Perit perasaan tu.
Sebenarnya aku ingin, terfikir menjadi cikgu. Aku nak ajar anak2 bangsa.


Aku nak sebarkan ilmu yang aku ada.
Pasti ke?


I do believe that one day if i become a teacher, i will not call my students stupid like my teacher did to me.
Yes, maybe i'm not smart enough but i'm not stupid though. I do hard work, and i will not giving up either.


Seperti Onizuka, aku juga ada impian. Tapi impian yang aku sendiri x yakin.
Tampak gaya seperti susah ingin mengajar anak bangsa.


Antara pilihan menjadi seorang lecturer aku ingin menjadi cikgu.
Entahlah kenapa. Cuma aku rasa nak ajar anak bangsa kene start dari bawah.


Tapi kalau ada rezeki jadi lecturer ok jugak kan. 


Aku cuma x boleh berdiri tegak depan orang dan bersuara lantang.
Mungkin ke personaliti pengajar ada dalam diri aku?

Thursday, 12 January 2012

Just believe what you had to believe.

Malam dah berlalu ke subuh.
Mata still xnak rasa mengantuk lagi.
Oh, mungkin juga dah mengantuk tapi xnak juga terlena.
Bukannya susah nak pejamkan mata.
Cuma mata yag xmahu terpejam.
Mungkin terlalu banyak berfikir.

Kenangan apa yang fikiran cuba korek dari otak uzur ni?
Sekejap-sekejap hilang, sekejap-sekejap muncul.
Mungkin juga ilusi semata2.
"Aku dah jumpa tempat tu". 
Kenapa hati nak berbisik sembunyi pula?
Lantangkan saja supaya diri boleh mendengar jelas.

"Nyaman sekali, daaaaaaamaiiiiii..... sahaja, 'aku' pasti suka"
Tapi itu cuma hayalan sahaja. Buang sahaja jauh2.
Kerana nanti 'aku' pasti sedih juga.
"Tapi tempat itu memang masih wujud"
Dimana buktinya? Senang sahaja lidah meluah kata.
Andai tidak mampu jangan senang2 melontar bicara.

" ADA, DISINI!"

Sambil tangan memegang dada kiri.

" Mungkin ia tidak wujud walau di mana2, walau difikiran, 
walau dimata tapi, disini tidak."
"Kerana dihati ada kepercayaan, ada kenangan."

p/s : Xmungkin hati membuang apa yang fikiran tidak perlukan.




it's kind of a different path...

Orang percaya pada setiap inci pegangannya walaupun kadang2 bkanlah betol sangatpon.
Confindent! confident yang membezakan haluan orang. Bukan senang nak jadi macam tu.
Kadang2 kita bukanlah apa yang kita fikirkan.
Dan kadang2 kita bukanlah apa yang orang lain fikirkan.
Susahlah asyik nak kene ikut cakap orang je selalu hati sendiri juga mau jaga.


Apa beza dengan apa yang kita percaya dengan apa yang orang lain percaya?
Nak ikut ke xnak? tapi nak kene ikut yang mana?
kehendak orang atau kehendak kita?
Susah...........susah..........


Actually hati siapa yang nak kene jaga dulu ni?
Ahhhh.....lantaklah. Persetakan apa yang orang nak fikirkan pasal haluan kita.
Mudah saja kalau dapat buat seperti apa yang kita fikirkan.
But then, tentu2 sahaja hati orang juga yang kene dahulukan.
perasaan orang dan apa yang orang fikirkan diutamakan.


Hidup....hidup....


Haluan berbeza juga tapi masih ada orang yang mengekori.
Baik ke buruk ke pandai2 lah pilih.



Aku ciptakan ini buat kamu

Aku ciptakan ini untuk dia
dari segala hal yang dia buat untuk aku,
aku ciptakan ini untuk dia.

sungguh! ia bukannya berharga sangatpon .
Tapi sejak sekian kalinya aku ciptakan sesuatu buat dirinya.

Entah dari mana dapat kekuatan untuk aku membuat satu pengakuan kecil.
Mungkin kecil pada sesetengah orang, tapi besar pada aku.

Malu, takut, gementar semua ada 
then, as a result aku x pernah nak mengaku depan dia.

Hari ini juga aku malu.
Ahhhh...sudahlah sampai bila aku nak malu macam ni?
Sehingga akhir hayat ke dia xperlu tahu perasaan aku?
Cuma cara sahaja membezakan perasaan aku pada dia.

Mujur saja dia memahami.

kata orang, cinta satu abad pon watpe kalau xnak mengaku!

p/s: thanks to my housemate sebab tolong ciptakan video ini.

chapter by chapter

Monday, 9 January 2012

magic

sejenak mendengar hilangkan tension

dipinjam dari: you tube

bebas

eh! dah masuk tahun baru tahun 2012, tapi  xada satupun anjakan paradigma yang aku buat 

untuk isi ruang kosong ni. Bukan busy untuk sambut new year tapi nak sambut exam year. 

Dah macam2 hal gila berlaku dalam rumah sewa aku ni, tension study punya hal. Aku? 

aku dah bebas dari sengsara.